Pahang sah ke Liga Perdana

DUA pasukan tercorot Liga Super, Pahang dan Perlis sah diturunkan ke Liga Perdana bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012.

Juara dan Naib Juara Liga Perdana 2011, PKNS Selangor dan Sarawak turut disahkan tempat mereka ke Liga Super 2012.

Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Exco FAM pagi tadi.

Antara keputusan lain ialah setiap pasukan dibenarkan menggunakan khidmat dua pemain import bagi memperkuat pasukan masing-masing.

Harimau Muda A akan bermain di Liga Singapura, sementara tempatnya dalam Liga Super Malaysia akan digantikan oleh Singa Muda dari Singapura.

“Saingan Liga Super musim depan masih kekal dengan 14 pasukan. Tempat Harimau Muda A akan diganti oleh pasukan dari Singapura, The Young Lions,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Dalam pada itu, perjanjian kerjasama antara FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura menyaksikan Harimau Muda A akan bersaing dalam Liga Singapura manakala “The Young Lions” akan beraksi pada liga elit Malaysia, Liga Super, bermula musim depan.

Related Posts

3 Responses to Pahang sah ke Liga Perdana

  1. ni baru adil!!

  2. harap² nya jangan la ditukar format liga semata² nak membela pasukan lagi lepas ni. We’ve had enough.

  3. xdapet eden nk nolong eh… ekau pandai2 la nk cr makan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>