PBNJ minta KAFA jawab surat

“JAWAB dulu surat kami.”Demikian reaksi Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim ketika mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang meminta Johor menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha.

Menurut Suhairi, pihaknya telah menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi skuad The Red Warriors itu yang lebih dikenali sebagai Mat Yo dengan menghantar dua pucuk surat kepada KAFA sebelum ini.

“Surat pertama yang diserahkan kepada KAFA berupa surat pertanyaan mengenai kontrak Norshahrul manakala surat kedua pula merupakan surat tawaran untuk mendapatkan pemain itu,” jelas Suhairi kepada Kosmo! Ahad semalam.

Jelas Suhairi, surat pertama sudah dijawab oleh KAFA, namun sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang jawapan berhubung surat kedua yang diserahkan.

“Bagaimana hendak berbincang lebih lanjut kalau surat kami masih belum dijawab, malah saya difahamkan, Mat Yo juga telah menyerahkan surat kepada KAFA untuk dilepaskan kepada pasukan Johor tetapi turut tidak mendapat balasan.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya pandangan yang mengatakan kami tidak bersungguh untuk mendapatkan Mat Yo. Semua yang kami lakukan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, Annuar mendesak agar Johor perlu menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan khidmat Mat Yo.

Katanya, PBNJ perlu mengambil tindakan memandangkan mereka yang ingin mendapatkan khidmat Mat Yo daripada KAFA.

Annuar juga menyebut, Mat Yo tidak pernah bertindak untuk menebus kontraknya bersama KAFA yang masih berbaki setahun manakala sebarang kenyataan hanya dilakukan melalui akhbar.

Dalam pada itu, Suhairi berkata, di sebalik kontroversi yang timbul, Johor masih tetap berminat untuk melihat Mat Yo menyarung jersi Johor musim depan.

“Sudah tentu kami inginkan barisan pemain terbaik buat pasukan Johor tahun depan dan Mat Yo merupakan pemain yang menjadi idaman banyak pasukan,” katanya. — Kosmo

Related Posts

6 Responses to PBNJ minta KAFA jawab surat

  1. Standard lw pihak pembeli harus sunggoh skit bukan nya pihak penjual

  2. Try test market rm 1 juta pun dah kecoh. Bersungguh tu memang la nampak tapi perlu ambil kira sebelah pihak sahaja ke? Pernah tahu ke masalah KAFA sekiranya Mat YO dilepaskan semudah tandatangan di atsa kertas sahaja.Penjenamaan Ajihs nasi lemak pun PIYA terpaksa kena kad kuning? lu pikir la sendiri.

  3. Ternyata media hanya mengambil fakta dp PBNJ sj tanpa dirujuk kepada KAFA. Inilah contoh media berat sebelah di malaysia sekian lama kalau melibatkan hal2 kelantan. Inilah fakta yg dinafikan oleh monyet2 kelantan haters.

  4. kafa letak harga mat yo rm1juta johor dah cakap mahal…sebab tu anuar musa cakap tak bersungguh….mat yo masih dalam kontrak so kafa ada hak untuk letak harga…kalau bersungguh johor kena bayar la yuran perpindahan berapa juta pun….

  5. ni dah jadi macam kes SELANGOR nak beli AZMAN ADNAN dari K L tahun 90an masa tu KL letak RM 1 JUTA jugak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>