Nidzam Adha letak jawatan jurulatih Kedah

Nidzam Adha pikul tanggungjawab kemerosotan prestasi Kedah

JURULATIH sementara Kedah, Mohd Nidzam Adha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan kerana digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan kendaliannya.

Mohd Nidzam berkata, keputusan berkenaan dibuat memandangkan beliau gagal membawa pasukan berada pada kedudukan terbaik walaupun berusaha bersungguh-sungguh.

“Saya menyerahkan tugasan ini kepada penolong jurulatih Radhi Mat Din dan memberi fokus sepenuhnya kepada skuad Piala Presiden selepas ini,” katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Kedah ketika ini berada di tangga kedua tercorot liga dengan hanya mengutip dua mata dalam lima perlawanan.

Mohd Nidzam yakin pemain mampu bangkit semula memburu kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini memandangkan saingan masih di peringkat awal dan berharap mereka tidak putus asa serta bersatu padu sebagai satu pasukan.

Beliau turut melahirkan penghargaan atas sokongan padu yang ditunjukkan penyokong setia Skuad Kenari yang mahu pasukan itu bangkit mencari kemenangan dan sekali gus berada pada kedudukan terbaik musim ini.

Beliau yang sebelum ini adalah jurulatih skuad Piala Presiden Kedah dipilih untuk memangku jawatan Ketua Jurulatih bagi menggantikan Wan Jamak yang digantung tujuh perlawanan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). — BERNAMA

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>