Kelantan selangkah bergelar juara Liga Super 2011

Kelantan FAKETIKA Juara Piala FA musim ini Terengganu dan juara bertahan Liga Super Selangor melaungkan keyakinan masih berpeluang untuk memintas Kelantan sekali gus untuk muncul juara musim ini, The Red Warriors pula bertekad untuk meraih mata penuh dalam aksi terakhir bertemu Sabah, Rabu ini.

Bagi pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, meskipun The Red Warriors hanya perlu mencatatkan keputusan seri untuk dinobatkan selaku juara baru, namun beliau enggan mengambil risiko, sebaliknya mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan itu.

Beliau berkata, kunjungan The Red Warriors ke Sabah bukan semata-mata mahu mencatatkan seri, tetapi mahu memburu tiga mata penting untuk memastikan Kelantan muncul juara liga musim ini.

“Inilah peluang terbaik bagi kita untuk menjulang kejuaraan selepas mencuba selama tiga tahun untuk bergelar juara dan para pemain juga menyedari kita sudah terlalu hampir untuk mencapai impian tersebut.

“Saya tidak mahu bergantung kepada keputusan lain kerana apa yang kita kecapi hari ini (menduduki tangga teratas liga) adalah hasil usaha gigih kita semata-mata. Kegagalan dalam perlawanan akhir Piala FA lalu menjadi pengajaran dan ia menjadi suntikan semangat kepada pemain dan kita tidak mahu kecewa lagi,” katanya.

Tambahnya, The Red Warriors tetap tidak memandang mudah pertemuan ini, memandangkan Sabah merupakan sebuah pasukan yang cukup liat untuk ditumbangkan terutama di tempat sendiri.

Azman memberitahu, berdasarkan sesi latihan yang ditunjukkan oleh barisan pemain, beliau optimis misi untuk membawa pulang piala itu buat pertama kali tidak mustahil.

“Siapa kata kita tidak boleh mengalahkan Sabah di Kota Kinabalu. Kalau Selangor, Terengganu, Johor FC, Harimau Muda dan T-Team mampu berbuat demikian, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama.

“Malah dua pencabar terdekat kita iaitu Terengganu dan Selangor juga sudah pasti berhadapan tugas sukar kerana bermain di tempat lawan,” ujarnya.

Katanya, tidak mudah bagi Terengganu untuk berhadapan dengan KL Felda United FC kerana hanya Kelantan, Selangor, Kedah dan Perak yang pernah menewaskan pasukan itu di tempat mereka.

Sementara itu, Azman turut mengesahkan kesemua lima pemain Kelantan yang bersama skuad kebangsaan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia di Taiwan akan kembali menyertai pasukan.

Lima pemain tersebut ialah Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Farisham Ismail, Mohd. Shakir Shaari dan S Chanturu.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Kelantan selangkah bergelar juara Liga Super 2011

  1. Gua rasa kelantan akan seri dengan sabah tanpa jaringan..,selamat berjaya.

  2. Majulah sukan untuk malaysia.,hindarilah rasuah yang jelas berdosa dan merosakkan bangsa…ikhlas dari peminat bola sepak malaysia.

  3. Hindari rasuah bolasepak demi kemajuan bolasepak sejagat..bdose taw brooo..ikhlas dri Pengadil Msia vs Taiwan

  4. negeri minyak beli perlawanan utk liga super..rasuah makin menjadi2 selepas piala FA..majulah negeri myk utk thn depan beli piala lagi..

  5. gomo klate gomo! yeehaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>