TMJ letak jawatan Penasihat Presiden FAM

TMJ letak jawatan penasihat FAM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Khamis meletak jawatan sebagai penasihat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail bertitah bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam sebuah organisasi yang menurutnya tidak adil.

“Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bolasepak tempatan.

“Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

“Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM,” titah Tunku Ismail pada Khamis malam.

Sehubungan itu Tunku Ismail juga berharap FAM ditadbir secara profesional serta bebas daripada pengaruh politik.

“Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bolasepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bolasepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri.

“Satu impian di mana suatu hari nanti badan pentadbir bolasepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bolasepak, dan bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik,” katanya.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dilantik sebagai penasihat kepada Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Oktober tahun lalu.

Baginda terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan pendapat bagi memastikan mutu bola sepak negara terus diperjuangkan.

Dalam pada itu TMJ juga tidak terkecuali daripada beberapa isu kontroversi termasuk isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha pada akhir musim 2012, insiden kecoh dalam terowong Larkin, isu pertukaran jadual perlawanan dan terbaru perpindahan Gary Steven Robbat.

Pada Mac 2013 TMJ digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak, serta didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM

Baginda didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM edisi 2010-2014 serta mengkritik mutu pengadilan dalam Liga Malaysia.

Di bawah kepimpinan baginda, JDT muncul juara Liga Super 2014 selain mara ke final Piala Malaysia musim lalu.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to TMJ letak jawatan Penasihat Presiden FAM

  1. Pingback: FAM nafi pilih bulu isu pertukaran tarikh perlawanan | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>