Kedah catat kemenangan kedua

KEDAH yang dilanda masalah dalaman, akhirnya berjaya mencapai kemenangan kedua saingan Liga Super selepas menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Darulaman.

Bagaimanapun, Terengganu membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi Reeshafiq Alwi sebelum Kedah bangkit pada babak kedua untuk mengumpul mata penuh.

Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan pada minit ke-63 dan gol kemenangan Kedah dihasilkan oleh Mohd Fidaus Faudzi empat minit kemudian.

Di Stadium Utama Kangar, Felda United melonjak ke tangga kedua liga dengan 14 mata selepas menewaskan pasukan tercorot, Perlis 2-0.

Gol Felda United dijaringan oleh Muhd Zamri Chin pada minit ke-40 dan Farderin Kadir pada minit ke-56.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team dan Perak berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selangor naik satu anak tangga di tempat ketiga dengan 14 mata selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan mendahului babak pertama dengan jaringan penalti oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-10.

Selangor kembali bangkit pada babak kedua dengan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Amri Yahya pada minit ke-61 sebelum Safiq Rahim meledakkan gol kemenangan pada minit ke-78.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>