Jentera serangan Perak kurang tajam


Perak vs Sarawak 08.02.12

KETUMPULAN jentera serangan membuatkan Perak gagal mencatat kemenangan besar sebaliknya berpuashati dengan kemenangan 2-1 ke atas Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan Michal Kubala (minit ketujuh) dan Fahrul Razi Kamaruddin (m-23).

Pasukan pelawat memperolehi gol tunggal menerusi penalti penyerang dari Croatia, Vedran Muratovic pada minit ke-33.

Kemenangan itu membolehkan Perak mengambil alih tangga teratas liga daripada Kelantan dengan mengumpul 15 mata setelah mencatat empat kemenangan berturut-turut.

Walaupun menang, apa yang menjadi tumpuan ialah gandingan serangan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan import dari Serbia, Lazar Popovic yang melepaskan sekurang-kurangnya lima peluang gol terbaik pada babak kedua perlawanan.

Ketika Popovic terus kemarau gol, sebaliknya Kubala menambah koleksi jaringan peribadi kepada tiga gol.

Ekoran itu, Popovic terus mendapat kritikan hebat daripada para penyokong Seladang atas kegagalan tersebut.

Jurulatih, Norizan Bakar enggan mengulas kegagalan gandingan Akmal Rizal dan Popovic.

“Kami bermain secara berpasukan dan tidak tertumpu kepada seseorang individu untuk menjaringkan gol,” jelas Norizan, yang bersyukur dengan kemenangan tersebut.

Walaupun berada pada tangga teratas liga, Norizan tetap merendah diri dengan menyatakan Perak masih perlu memperbaiki beberapa kelemahan.

“Kami akan baiki kelemahan sebagai persiapan menghadapi T-Team, Terengganu pada 11 Februari ini,” kata Norizan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>