Olimpik 2012: Chong Wei jumpa Chen Long di separuh akhir

Datuk Lee Chong Wei Olimpik 2012

Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Sukan Olimpik London 2012 selepas menewaskan Kashyap Parupali dari India di suku akhir semalam.

Pemain nombor dua dunia, Datuk Lee Chong Wei

Beliau akan bertemu Chen Long dari Cina di separuh akhir.

Pemain badminton dari Malaysia itu, pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Beijing di tahun 2008, menewaskan Parupali 21-19, 21-11 selepas 47 minit.

Di set pertama, Parupali mendahului Chong Wei 3-6, 5-9, 6-10 dan kemudian 10-14.

Selepas menyamakan kedudukan kepada 15-15, Chong Wei berjaya memenangi set itu 21-19 selepas 17 minit.

Di set kedua, beliau meningkatkan prestasinya untuk menang 21-11 selepas 17 minit untuk mara ke separuh akhir.

Chong Wei berkata selepas tiga perlawanan di London, menentang Ville Lang dari Finland dan Simon Santoso dari Indonesia, perlawanan ini benar-benar meletakkan tekanan atasnya.

“Beliau seorang pemain yang baik. Beliau memaksa saya membuat beberapa kesilapan.

“Jika saya tidak meningkatkan prestasi saya, beliau akan menewaskan saya,” kata Chong Wei selepas perlawanan itu.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>