Baddrol yakin Kedah mampu tewaskan Kelantan
Siaran Langsung Liga Super 2012
Kedah vs Kelantan LIVE Astro Arena
Stadium Darul Aman, Alor Setar
SELEPAS melakukan penampilan sulung berdepan Selangor PKNS dalam saingan Liga Super Selasa lalu, Baddrol Bakhtiar kembali bersemangat membantu Kedah menjelang pertemuan getir berdepan Kelantan di Alor Setar malam ini.
Sekadar turun sebagai pemain gantian, Baddrol kini tekad mencari kemenangan pertama di laman sendiri andai diberi peluang membarisi kesebelasan utama Kedah.
“Saya berpuas hati walaupun masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua. Itu merupakan aksi kompetitif saya dalam Liga Malaysia 2012 dan berharap dapat diturunkan jurulatih sebagai pasukan utama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menyedari hanya tiga mata penuh mampu melonjakkan Kedah keluar dari kelompok bawahan liga, Baddrol berharap rakan sepasukan meneruskan asakan bertubi-tubi ke gawang pelawat bermula tiupan wisel pertama.
“Kita tahu Kelantan sebuah pasukan kuat musim ini. Namun, saya percaya kemenangan mampu diraih, walaupun kami bermula sedikit perlahan kali ini,” katanya yang mengakui sudah pulih daripada kecederaan, namun belum mencapai tahap terbaik.
Wira skuad bola sepak Sukan Sea di Indonesia tahun lalu itu, terlepas aksi awal liga berikutan kecederaan kaki yang dialaminya ketika menentang pasukan Liga Perdana Perlis, pada pertemuan persahabatan, Disember lalu.
Musim ini, pertahanan Kedah sudah melepaskan tiga gol ketika tewas kepada T-Team, namun skuad pimpinan Nizam Adha Yusuf berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri. — Sinar Harian
January 20, 2012 - 10:42 pm
“Kita tahu Kelantan sebuah pasukan kuat musim ini. Namun, saya percaya kemenangan mampu diraih, walaupun kami bermula sedikit perlahan kali ini,” katanya yang mengakui sudah pulih daripada kecederaan, namun belum mencapai tahap terbaik. - ternyata impian anda (badrol bakhtiar) menjadi kenyataan… Hahahahaaa… Tahniah to bro BAD..
January 20, 2012 - 11:04 pm
tahniah. nmpaknya skill ball passing TRW semakin baik dan tepaT
January 21, 2012 - 7:34 am
takziah. usaha lebih gigih lagi.
January 22, 2012 - 1:18 am
keyakinan sahaja tak cukup.. teruskan berusaha . Terima kenyataan dengan terbuka . Teruskan bermain dengan semangat kesukanan..
July 16, 2013 - 11:27 am
impian tak jadi…..sebaliknya Kedah kena 0-3….TAKZIAH!TAKZIAH!TAKZIAH!!!
July 16, 2013 - 1:14 pm
Sah ler cakap orang2 dlm sokenet..kau ni kepala dah tak betol..treat lama lama kau mule dok karang lagi..haha