Giliran Kelantan pimpin Liga Super

KELANTAN mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan ketika menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian M. Karathu itu merampas status pendahulu daripada Negeri Sembilan yang tumpas 0-2 kepada Perak dalam satu lagi perlawanan di Stadium Ipoh. [LIHAT VIDEO]

Begitupun, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan Johor FC apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 hasil jaringan Mohd Riduan Ma’on.

Tersentak dengan jaringan tersebut, The Red Warriors terus bangkit dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi Nurul Azwan Roya dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, tuan rumah menunjukkan kehebatan sebenar apabila meledak tiga gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, Mohd. Riduan Ma’on pada minit ke-50 sebelum penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha manambah gol ketiga pada minit ke-72 dan Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-77.

Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terikat tujuh mata dengan Perak, namun mempunyai kelebihan menerusi perbezaan gol.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang tersungkur 1-2 kepada Felda United. [LIHAT VIDEO]

Gol Felda United dijaringkan oleh Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 dan sepakan percuma Faderin Kadir (minit ke-59) sementara gol Pahang pula dijaringkan oleh Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-77.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan, Selangor terus gagal mencatat kemenangan kedua apabila diikat oleh Kuala Lumpur 1-1. [LIHAT VIDEO]

Perlawanan lain semalam menyaksikan Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 [VIDEO] sementara Sabah menewaskan Kedah 1-0. [LIHAT VIDEO]

KOSMO

Related Posts

2 Responses to Giliran Kelantan pimpin Liga Super

  1. kelate mene, arsenal pun mene fuhhh…suko molek kawe

  2. Besok, Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur di SSM 1V Kota Bharu. Apa pendapat anda? Bagi saya, kalau kita menyaksikan pertemuan Kuala Lumpur dengan Selangor tempoh hari, nasib banyak menyebelahi skuad ibu kota itu kerana beberapa percubaan merbahaya Selangor tidak dapat disudahkan dengan baik oleh pemain mereka.
    Jadi, beberapa kelemahan pasukan ibu kota terutama bahagian pertahanan dan kedua-dua sayap perlu dimanfaatkan oleh skuad Kelantan untuk merealisasikan kemenangan malam esok. Kelantan perlu bijak melakukan serangan dari arah posisi sayap melalui tendangan jarak jauh. Sementara itu, kelemahan penjaga gawang Kuala Lumpur ketika menentang Selangor ialah sebelah kiri kerana beberapa serangan Selangor dari sebelah kiri hampir berjaya menghasilkan gol nono mz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>