Negeri Sembilan tanpa lapan tonggak

HASRAT jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah mencari kemenangan kedua bersama pasukan barunya itu dilihat berdepan laluan sukar apabila dia kehilangan lapan pemain menjelang perlawanan sukar menentang Perak pada malam ini.

Bertambah merumitkan keadaan, dia mengakui berdepan situasi sukar mencukupkan bilangan 18 pemain apabila baki pemain yang benar-benar cergas semakin berkurangan.

”Persiapan kami tidak berada dalam terbaik selepas perlawanan dengan Felda United pada Sabtu lalu, saya kehilangan khidmat tiga pemain iaitu Idris Karim, Halim Zainal dan Mohd. Alif Samsudin kerana masalah kecederaan.

”Dua lagi pemain, G. Mahathevan dan pemain muda yang baru diserapkan dari Piala Presiden, Mohd. Fikqri Azwan juga cedera dan tidak sempat pulih untuk diturunkan berdepan Perak.

”Situasi ini jelas bertambah memeningkan kepala saya kerana sebelum ini saya tidak menurunkan ketiga-tiga penyerang saya iaitu Ahmad Fakri Saarani dan Hairuddin Omar selain Ahmad Aminuddin Shahruddin.

”Oleh kerana saya kehilangan khidmat Fakri, Hairuddin dan Aminuddin, saya terpaksa mempertaruhkan kepercayaan ke atas gandingan dua penyerang muda, Mohd. Firdaus Azizul dan Mohd. Shaffik Abdul Rahman bagi menggempur kubu Perak,” katanya.

Sebelum ini, Negeri Sembilan telah pasti akan kehilangan Zaquan Adha Abdul Razak sehingga penghujung musim ini selain Norhafiz Zamani Misbah yang masih belum pulih daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan G. Mahathevan.

Bagi menampung kekurangan yang ada, Azraai bercadang akan menggunakan khidmat dua pemain Piala Presiden, Khairul Rizwan Khalid dan Abdul Rahman Ghani.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>