Johor Darul Takzim menang tipis ke atas Perak
Johor Darul Takzim vs Perak | Liga Super 2013
JOHOR Darul Takzim mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2013 selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Jaringan tunggal Mohd Aidil Zafuan berpunca dari hantaran Safiq Rahim memberikan tiga mata penuh buat skuad bimbingan Fandi Ahmad selepas tewas dalam perlawanan pembukaan di Kuantan pada Selasa.
Pasukan tuan rumah beraksi dengan baik pada separuh masa pertama dengan beberapa asakan ke benteng pertahanan Perak.
Pada minit ke-10, pertahanan import Perak, Rafael mengasari Simone Del Nero dan sepakan percuma diberikan kepada Darul Takzim. Walaubagaimanapun sepakan percuma oleh Safiq Rahim ditanduk keluar oleh Rafael.
Seminit selepas itu Darul Takzim mendapat peluang terbaik apabila sepakan sudut oleh Safiq berjaya ditanduk oleh Aidil Zafuan dalam kotak penalti namun tersasar ke atas gawang gol.
Sepakan percuma diberikan kepada pasukan Harimau Selatan pada minit ke-24 selepas Hisyamuddin mengasari Norshahrul. Sekali lagi sepakan percuma oleh Safiq ditanduk keluar oleh Shaharom.
Tiga minit selepas itu, Darul Takzim sekali lagi diberi sepakan percuma selepas Khairi Kimin mengasari Del Nero namun tendangan Safiq tepat pada penjaga gol Perak, Farizal Marlias.
Perak akhirnya mendapat peluang pada minit ke-37 apabila mendapat sepakan percuma namun percubaan oleh Rafael terkena benteng Harimau Selatan.
Pantulan dari sepakan percuma itu, Daniel Guiza cuba melakukan serangan balas namun dia telah dikasari oleh Khairi yang telah dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya dibuang padang oleh pengadil.
Pada minit ke-42 Guiza menyerang dari kanan dan melakukan rembatan tetapi berjaya ditangkap oleh Farizal.
Sebelum waktu rehat, Perak terpaksa beraksi dengan hanya sembilan pemain selepas pertahanan, Hisyamuddin dilayangkan kad kuning kedua dan juga dibuang padang kerana kekasaran terhadap Del Nero.
Perak memulakan separuh masa kedua dengan hanya sembilan pemain. Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama dan berjaya mendahului perlawanan hasil jaringan oleh Aidil Zafuan melalui sepakan sudut oleh Safiq.
Pada minit ke-55, jurulatih Darul Takzim, Fandi Ahmad melakukan perubahan pertama pada pasukan apabila beliau menggantikan Azmi Muslim dengan Safee Sali.
Skuad Seladang jelas hanya bertahan pada babak kedua walaupun telah ketinggalan 1-0.
Safee Sali kemudian merembat dari kanan namun berjaya ditepis oleh Farizal.
Pada minit ke-67, perubahan kedua pasukan tuan rumah dilakukan apabila Azinee Taib masuk menggantikan Del Nero.
Dua minit selepas itu Guiza terlepas peluang untuk meletakkan Darul Takzim 2-0 di hadapan apabila percubaannya di hadapan gawang gol tersasar.
Pada minit ke-86, Perak mendapat sepakan sudut namun telah ditepis oleh Zamir Selamat.
Johor DT XI: Zamir, Aidil, Safiq, Norshahrul, Azmi, Azwan Roya, Ezrie, Guiza, Faizal, Muslim, Del Nero
Perak XI: Farizal (GK), Nasir, Shahrom, Khairi, Failee, Rafael, Hadi, Yong Kuong Yong, Sivakumar, Nazri, Hisyamuddin
Laporan: espnstar.my
January 12, 2013 - 12:13 am
HOOKK ALOOOHH…BUNYI KATO RIMAU SELATAN HEBAT SANGAT…LAWAN BADAK DENGAN PATAH KAKI [9 PLAYER] BULEH SO GOL JAHH…PERGGGHHHH….
January 12, 2013 - 12:22 am
hookk aloohh..silap PULOK DOH..pembetule sikit,buke badok…TP SELADE PATOH KAKI HE.HE.HE…..PEHHH..
January 12, 2013 - 1:20 am
Dari jengking jadi harimau.. ,,,siapa bagi nama .. wartawan2, ko puak2 astro…. baik tukar harimau malaya lagi tepat. .mcm takde teamwork padu.. maybe jurang gaji antara player..team defender gaji murah2.,.striker sumbat gol ,defender senang kena bolos..
January 12, 2013 - 6:32 am
Perlawanan berat sebelah terdesak nk menang….x pe la tgu piala fa plak k 25hb ni
January 12, 2013 - 7:33 am
bagus Farizal main.. itulah keeper no 1 kita. Walaupun gua sokong JDT gua respect performance Farizal semalam.
January 12, 2013 - 8:17 am
Farizal memang bagus, taon depan boleh hijrah ke mana2 negeri yang tawar gaji tinggi.ikat 1 taon sudah.
January 12, 2013 - 7:36 am
Hidup persk…. Aku percaya kalau main 11 lwn 11 pasti perak menang
January 12, 2013 - 7:41 am
aku sokong jdt..gembira juga bila menang..tp tak excited sebab player smua bintang2..apa sgt nak dibanggakan?
January 12, 2013 - 8:43 am
Mari kita sokong ABK tahun ni. ASALKAN BUKAN KELANTAN. Biar puak berok2 ni tak menang satu piala pun tahun ni. Belagak sangat.
January 12, 2013 - 3:15 pm
sedap sungguh bahasa mangkuk hayun bercakap…nko ada apa kuasa nak sekat kemampuan kelantn…? silap2 rimau kena sepak ngan kijang…buto mato rimau..
January 12, 2013 - 7:47 pm
rilek la bro… kelantan berhak menang 3 piala tahun lepas.
Siapa handal dia menang..
January 13, 2013 - 12:39 am
Encik Mangkuk jgn provoke…jgn dengki..depa menang sbb depa bagus. Bagus dr segala aspek..management,player,coach & penyokong..xperlu gelar team yg baik beruk ke,ape ke..yg penting pakat mai usaha utk jd lebih baik..biasa kalau team tu rmai org benci,aniaya depa tu lah Tuhan bg kejayaan..Sabaq noo…
January 13, 2013 - 11:09 am
nama pun dah mangkuk..so aku x aspek ko ni pandai. Drp nsma pun org boleh nilai otak ko.. Harap ko tambah jamban kat namo ko tu… Pui…
January 12, 2013 - 8:52 am
Mari kita sokong ABM (asal bukan pasukan mangkuk) biar puak puak BABI babi yang haram (mangkuk) merana tengok pasukan lain kalah kan babi babi ini.
January 12, 2013 - 9:39 am
Bagus betul bahasa geng lanun . Fan kelantan terbaik , tak pernak hina fan negeri lain . Apapun sama sama kita lihat siapa yang gigit jari tahun ni . Dan untuk pengetahuan Fan DTFC , fan negeri lain semuanya meluat dengan DTFC. Luaskan kuasamu konon , setakat kat Johor aje la ,
January 12, 2013 - 9:58 am
salam warga sokernet.saya orang johor.dan kita jangan lah menggunakan kata kata kesat yang menunjukkan kelemahan kita.tahniah untuk jdt kerana menang.tetapi bagi saya chemistry dalam jdt masih agak lemah.mungkin mengambil masa untuk pemain2 lebih memahami corak gaya permainan masing2.saya faham ramai fans lain yg meluat dgn jdt.seperti saudara panglima katakan.itu adalah normal.kerana perubahan drastik yg maksimum.mungkin ade sebahagian fans jdt yg terlalu teruja dgn perubahan besar yg membuatkan fans negeri lain meluat.secara positifnya sy rs ini sgt bagus utk perkembangan bola sepak malaysia.dahulu apabila kelantan membeli pemain2 ternama dan membuat perubahan,sy sgt cemburu sehingga timbul perasaan seperti saudara penglima.tetapi dlm masa yg sama sy sgt setuju dgn tindakan dan perubahan yg dlakukan TSAM kerana ini boleh menaik tarafkan bola sepak malaysia(dgn syarat FAM berubah).sekarang ini giliran JDT membuat perubahan.siapa tahu musim hadapan bakal ade perubahan yg dilakukan oleh mana2 negeri.salam bola sepak dari saya..pengulas naif dari parit jawa muar
January 12, 2013 - 10:23 am
JDT dah buat pertubahan pun
Pertubahan yang memporak peranda kan Kancah bolasepak Malaysia
Ikut undang undang la
Bukan zaman kesultanan Melaka
Undang undang di hujung Keris…
January 12, 2013 - 10:55 am
kelantan beli player ternama? sape? indra..org dh xnak… kelantan amik…matyo…kelntan amk tme org xknal lg.. apex..memng org klantan…piya, shakir, nik shahrul, rizal fahmi, sume anak jati klantan…jdt dgn atm je bli star… tp atm mula dri bwah…lga pdana…bukan dgn tkar namae dan krbankan team jhor fc yg agak power bg aku…smata2 nk shrtcut mnang piala…beli plyaer guna kuasa raja… memng ptut fan laen meluat…klantan pon mula dr liga fam… tiada jala pintas utk berjaya…
January 12, 2013 - 4:58 pm
rileks sudah, ko bising2 btpe, biar la diorng pnya pasukan, ak tgk ramai yg jeles ng johor, rilek la, xkn dh goyang kot sbb matyo pindah ke sne, kah3x…. sah3 mengharap matyo…
January 12, 2013 - 11:43 pm
klu bsaibg scara adil mcm atm xde org nk bsing..beli star jgk.. tp xde plak smpai dsperate p tndatgan player kt hspital.. xbrunding dgn ejen…klau secara ADIL n ikut saluran org xksah pon…tp guna kuasa raja utk amik player..dn aku pasti ko skong team jhor baru smalm…kah3..
January 12, 2013 - 10:18 am
sedara parit jawa…. fans lain meluat bukan sebab perubahan yang JDT buat….. tapi meluat dengan CARA perubahan yang dibuat oleh TMJ korang tu….. kalau dia profesional lakukan perubahan mengikut saluran yang telus dan betul….. jangan guna pangkat istana dia tu…. nak ambik pemain lain biar la cara betul….. pastu cakap besar cam otai (padahal hingus ijau tak kering lagi)….. ingat apa yang dia buat sekrang akan jadi rujukan pada masa akan datang….. lepas ni akan kacau bilau la sistem FAM…. orang akan cakap nanti….. ni asal dari pasukan JDT la mula ni habis kacau bilau sistem bola sepak kita….
January 12, 2013 - 11:35 am
apa ni.. liga da mula da x yah nak bising pasal TMJ.. udah2 le tu..
jom main MSL fantasi lagi best..
January 12, 2013 - 11:57 am
jdt ni byk pemain kebangsaan msia..so,phm2 je lah..mereka bkn bagus sgt kan,reputation je tinggi..sorang 2 je ok aku tengok
January 12, 2013 - 12:12 pm
menang 1-0- je hehe guiza kata nak jring 2 gol stiap game hehe.xdapat piala la jhor thun no hehe
January 12, 2013 - 1:11 pm
Johor bkn kuat sgt pon dgn perak blh 1 gol ja mmmm hampeh nasib perak main 9 org ja lau 11orG player mkn kaki sultan la gamaknya kn
January 12, 2013 - 3:04 pm
harap player je star tp lawan ngan perak yg bmain dgn 9 org pon x bleh nak mkn? apa2 pon syabas perak sbb tak biarkan jdt pesta gol! syabas perak!!!
January 12, 2013 - 3:21 pm
Salam 1Malaysia, Lumrah manusia selalu kata ‘diri sendiri sahaja yg betol’. walau apapun komen kita, belum tentu boleh sejukkan hati sesiapa. Semua orang sama. Jadi, buat apa kita nak bergaduh, lebih2 lagi dengan kata2 kesat. Bahasa melambangkan bangsa. Semoga ada pengajaran untuk semua. Sama2 la kita enjoy liga Malaysia. Biar pasukan mana sekalipun yg menang, kita tetap Malaysia. Tanah tumpah darahku. <++<UG
January 14, 2013 - 12:00 pm
well said bro..respect all, fear none.
January 12, 2013 - 5:03 pm
mn xmelenting, striker yg mnjd tonggak nk dpt piala dh dibeli johor, tu yg team tu bengang tu, padahal bukn ada ap2 pn, kah3x… xdpt piala la thn ni… kih3x….
January 14, 2013 - 1:44 pm
tenangkn emosi anda…..bola itu bulat…fahami le maksud bola sepak k,…..jaga hati dan budi orang melayu sejati…..