Kelantan terima RM1 juta ganjaran Juara Liga Super 2012
SKUAD bola sepak Kelantan menerima ganjaran wang tunai RM1.075 juta atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super dua tahun berturut-turut.
Skuad The Red Warriors menerima habuan sebanyak RM750,000 atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini dan turut menerima insentif Liga Malaysia 2012 sebanyak RM325,024.
Ganjaran wang tunai tersebut disampaikan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin kepada pengurus bola sepak Kelantan, Azman Ibrahim.
“Ini hasil kerja keras pasukan Kelantan. Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan) akan mengadakan mesyuarat untuk mengagih-agihkan wang ganjaran ini kepada pemain dan kita akan pastikan Kelantan terus mengecap kejayaan.
“Selepas ini sasaran kita adalah untuk membawa balik Piala Malaysia yang akan berlangsung pada September depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang tunai dan insentif Liga Malaysia 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
FAM turut menyampaikan habuan kepada juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak RM300,000; juara Piala Presiden, Perak RM100,000; juara Liga FAM, Kuala Lumpur SPA RM60,000.
Sementara itu, penyerang import sensasi Terengganu dan Negeri Sembilan, Francis Forkey Doe dan Emmanuel Effa Owona masing-masing dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini apabila berkongsi jaringan dengan meledak 15 gol.
Penyerang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khairul Izuan Abdullah yang menjaringkan 27 gol, muncul pemenang bagi kategori penjaring terbanyak dalam aksi Liga Perdana.
- Bernama
July 20, 2012 - 10:47 pm
Wow. Banyaknya. Tahniah buat pasukan Kelantan. Moga Liga bola sepak Malaysia hanya makin bertambah baik.
July 20, 2012 - 11:29 pm
ganjaran pemain je ke? ganjaran peminat xkan xde?
July 22, 2012 - 3:18 pm
nanti bg le kat man laksa sket….ponat je dok komen kat sini
July 22, 2012 - 4:05 pm
tahniah kerana menang sejuta tetepi bagi aku yang nak sangat tenggok trw menang dengan qpr tidak tercapai. bagi aku sejuta itu sangat tidak berbaloi dengan kalah kepada qpr 0-5.nampak sangat trw macam anak-anak ayam belajar terbang, lemah ruang kosong ada dimama-mana. gol-gol muda dari gpr menjadi tanda tanya apakah nasib trw bila berdepan dengan arbil kelab nanti. semuga dengan sedikit sentuha qpr akan menjadi panduan arah kepada pehak pengurusan ,jurulatih dan para pemain sendiri memperbaiki kesilapan yang ada. jadikan sejuta itu sebagai modal bagi memenuhi inspirasi sejuta rakyat kelantan.