ATM benam Johor 4-1

Hairuddin Omar catat hatrik kedua berturut-turut

PASUKAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menerajui persada Liga Perdana apabila mencipta kemenangan keenam dalam liga setelah mengalahkan Johor 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang malam tadi.

ATM kini mengumpul 18 mata iaitu dengan kelebihan dua mata dihadapan pencabar terdekat Pahang selepas tujuh perlawanan.

Hairuddin Omar sekali lagi menjadi wira ATM apabila melakukan jaringan hatrik pada minit ke-33, 61 dan 74 manakala pemain import dari Argentina, Bruno Sebastian Marteloto kemudianya melengkap gol keempat pada minit ke-90.

Gol saguhati Johor disumbangkan oleh Mohd Hamzani Omar pada minit ke-48.

Pahang pula terus mengekori rapat apabila mengumpul 16 mata hasil kemenangan 1-0 ke atas USM FC di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Kockin Boris menjadi wira Pahang apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-72.

Pasukan tercorot Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) pula melakukan kejutan apabila mengatasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 5-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Lima gol MBJB disumbangkan oleh Azmi Sarmin pada minit ke-23 dan 40, Dalibor Dragic (minit ke-62), Romdhizat Jamian (minit ke-72) dan Fokim Fon Fondo pada minit ke-82.

Gol PDRM dijaringkan oleh Mohd Afif Amiruddin (minit ke-23 dan 49) dan Fazli Azrin pada minit ke-70.

Di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, pasukan MP Muar terpaksa akur dengan keputusan seri 0-0 kepada Sime Darby.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pos Malaysia pula mengalahkan Harimau Muda B 2-1.

Di Stadium hang Tuah, Melaka, pasukan kelab Negeri Sembilan Betaria mengalahkan Perlis 2-1.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>