Hatrik Hairuddin benam Perlis

ATM rampas teraju Liga Perdana

ATM berjaya merampas kedudukan tangga teratas Liga Perdana setelah menumpaskan Perlis 4-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.

Kemenangan skuad tentera bimbangan B.Satiananthan itu kini mengumpul 15 mata iaitu dua mata di hadapan Pahang selepas enam perlawanan.

Penyerang berbisa ATM, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak menjaringankan gol pertama pada minit ke-32 dan Hairuddin Omar menjadi wira ATM setelah mencipta hatrik pada minit ke-45 dan 72 dan 90.

Perlis masih belum memperolehi kemenangan selepas enam perlawanan dan hanya mengutip dua mata selepas seri dua kali dan kini menduduki tangga ke-11 dalam saingan 12 pasukan.

Pada perlawanan sebelah petang, Sime Darby pula mengatasi USM FC 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Gol Sime Darby dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho Wleh pada minit keempat dan minit ke-65, Muhammad Zamri Hassan (minit ke-30), Mohd Shoufiq Mohamad Kusaini(minit ke-90).

Manakala gol saguhati USM FC disumbangkan oleh Edrisar Kaye pada minit ke-56.

Di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) tumpas 0-3 kepada Pos Malaysia.

Tiga gol Pos Malaysia dijaringkan oleh Mohd Hanifuddin Abd Rahman pada minit ke-38, Muhammad Fakhrul Aiman Sidid (minit ke-42) dan Mohd Hafizi Amiruddin pada minit ke-75.

Di Stadium Hang Tuan, Melaka, Negeri Sembilan Betaria terikat 1-1 dengasn Polis Diraja Malaysia (PDRM.

Gol pasukan Betaria dijaringkan oleh Mohd Afiq Akmal Zunaidi pada minit ke-66, manakala gol PDRM pula disumbangkan oleh Mohd Amri Fazal Mat Nor menerusi tendangan percuma pada minit ke-70.

Di Stadium Nasional Bukit Jali, Harimau Muda B seri 2-2 dengan pasukan MP Muar.

- BERNAMA

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>