‘Kereta kebal’ kembali perkuat Red Warriors
‘KERETA KEBAL’ Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin yang kembali beraksi selepas digantung dua perlawanan bersedia mengekang asakan PKNS Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam ini.
Mohd Daudsu yang menerima kad merah dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala FA menentang Kedah di Kota Bharu, 21 April lalu kini kembali dengan keyakinan dan semangat membara menghalang benteng Kelantan daripada ditembusi lawan.
Menurutnya, meskipun tidak dapat beraksi dua perlawanan, fokusnya tidak terjejas kerana masih beraksi dalam pentas Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Katanya, penggantungan dua perlawanan itu membuatkannya lebih berhati-hati supaya tidak menjejaskan peluangnya untuk beraksi di pentas final Piala FA, 19 Mei ini.
“Walaupun digantung dua perlawanan, persediaan saya tidak terjejas kerana sentiasa menjalani latihan selain dapat beraksi dalam saingan AFC.
“Saya gembira kerana sudah boleh bermain dan jika berada dalam senarai kesebelasan utama esok (malam ini) saya sedia mempamerkan aksi terbaik,” katanya.
Pada pusingan pertama Liga Super, Kelantan hanya mampu mengikat keputusan seri 1-1 namun dalam pertemuan malam ini, pasukan kendalian Bojan Hodak sudah pasti mengidam tiga mata sekali gus terus menggugat kedudukan pendahulu liga, Lions XII.
Sementara itu, Hodak berkata, Kelantan tidak memandang remeh keupayaan PKNS kerana pasukan itu juga mempunyai beberapa pemain yang harus diberi perhatian antaranya, Nizaruddin Yusoff dan Ahmad Azlan Zainal.
“Saya tahu PKNS sukar dikalahkan malah mereka banyak mencatatkan keputusan seri pada musim ini namun saya harap pemain berupaya membawa pulang tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super,” katanya. — HM
May 12, 2012 - 12:19 pm
Pandai pandai tulis kereta kebal. Belajar kat mana reporter ni. Apa pun Daudsu cemerlang, tapi control emosi sket Daudsu.Hidup Gomo
May 14, 2012 - 11:14 am
banyak dah nama2 gelaran ko pemain kito hok kawe dgr… hehehe..
daud su = kereta kebal
rizal fahmi = kereta sodok
chanturu = chan turbo
roya = kancil tebo
bg laa nama gapopun.. apa2hal trw meme terbaik….