Kelantan tewaskan Sabah 2-0, rapati Lions XII

Liga Super Malaysia 2012

PASUKAN Kelantan merekodkan kemenangan ke-14 dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah, 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada Sabtu.

Kemenangan tersebut daripada 20 perlawanan yang diharungi skuad Kijang setakat ini membolehkan mereka mengumpul 47 mata, tiga mata kurang berbanding pendahulu liga, Lions XII dari Singapura yang tidak beraksi.

Dua gol Kelantan pada perlawanan tersebut dijaringkan Rizal Fahmi Abdul Rosid pada minit ketujuh dan Indra Putra Mahyuddin pada lewat permainan.

Perak yang sebelum ini menduduki tangga keempat liga naik satu anak tangga selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak, di Stadium Negeri, Kuching.

Albert Dominique membuka jaringan untuk skuad Seladang seawal minit kesembilan permainan sebelum Azizan Saperi menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-45. — BERNAMA

Keputusan Penuh Liga Super 23 Jun 2012

  • Kelantan 2-0 Sabah
  • Sarawak 1-2 Perak
  • PKNS FC 2-2 Terengganu
  • T-Team 1-1 Negeri Sembilan
  • Kedah 2-1 Kuala Lumpur

Related Posts

9 Responses to Kelantan tewaskan Sabah 2-0, rapati Lions XII

  1. Thniah!!!! Alhamdulillah mng wlaupn game x best sgt….

  2. boringla kelantan menang lagi…

  3. CORAK PERMAINAN KELANTAN WALAUPUN MENANG TP SEMAKIN LONLAI KITA SEBAGAI PENONTON SDH KURANG TERHIBUR n KURANG KEYAKINAN LAGI.. HARAP PIHAK PENGURUSAN n KEJURULATIHAN MENAMBAHBAIKKAN SEGALA ASPEK YG MENYEBABKAN SEMUA INI BELAKU JGN SAMPAI BERPITIH MATA PD LION X11

  4. Kelantan xnk main cantik sangat takut man laksa xda modal nak mengutuk… Muehehehehe..

  5. KELANTAN MENANG 2-0 KE ATAS SABAH TU DAH KIRA TERBAIK…JANGAN LUPA PADA LIRIK DIKIR TRW…’TOK SIR LA SERI, KALOH PONG JANGE’….LIONS MENANG 9-0 KE ATAS SABAH..NAMPAK SANGAT PERMAINAN DI BAYAR…PENGURUSAN SKUAD SABAH SEKARANG DAH ADA MASALAH KEWANGAN…JADIKAN IKTIBAR LIONS VS SARAWAK..KELANTAN XPERLU DIBAYAR DENGAN MARUAH BEGITU SEBAB STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV SENTIASA PENUH..DAN KL TUMPANG STADIUM S.M IV KERANA ALAMI MASALAH KEWANGAN..TRW SIMPATI DENGAN KEADAAN PASUKAN DI LIGA SUPER…-MAYHEM BACHOK-

  6. kepada semua peminat bolasepak kelantan,kelantan main hambar atau kurang menyerlah adalah strategi,utk elak mendapat kecederaan pd pemain,krn lepas ni mereka akan bertemu dgn t’ganu,selangor, n9 n perak yg mana memerlukan pemain bermain lebih agresif utk capai kemenangan,janji mereka menang dan tidak keciciran mata,dan saya yakin kelantan akan menjuarai liga super tahun ini dgn senang kata datuk m.karathu.

    • Kalu xnak cedera, elok buat masukkan pemain gantian di bhgn serangan je.. Kita kan ramai penyerang. Tp, kawe xrasa pun strategi jika bnyk peluang gol disia-siakan. Kedua-dua gol mlm td pula dijaringkan bukan oleh pemain penyerang. What’s happening??

      • kelantan main tak bagus mungkin terikut cara lawan main klu team lawan tak bagus kelantan pun main tak bagus,klu team lawan main bagus kelantan 2x bagus,kita tuggu dan lihat bila kelantan jumpa t’ganu,s’ngor dan n9 nanti gomo kelatang gomo….

  7. pada kawe saingan dr semua team dlm mlaysia terhadap kelate tinggi.. kerana semua team tak sanggup melihat kelantan top..champion.. team sabah sanggup bersungguh biarpun main curi ayam..patutnya kalau mereka lwn lion logik juga…apapun bagus menambahkan lg experience lwn team curi2 ayam dlm malaysia… tahniah kelate.. kita belasah selangor cukup2 .. jika ada rezeki…k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>