KAFA lepaskan Mat Yo berkuatkuasa serta merta

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akhirnya menamatkan isu kontroversi perpindahan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo ke Johor apabila membuat keputusan melepaskan penyerang terbaik Liga Malaysia itu berkuatkuasa serta merta.

Biarpun pemain itu mempunyai baki kontrak 13 bulan selain beberapa kontrak penajaan, namun KAFA tidak berniat untuk menyekat hasrat pemain kelahiran Besut, Terengganu itu dari menimba pengalaman dengan pasukan lain.

Memetik kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook miliknya:

Pengurusan tertinggi KAFA hari ini endorse perakuan jk pasukan negeri Berhubung permintaan JFA mendapatkan khidmat MAT YO..

KAFA bersetuju MEMBUAT PERPINDAHAN BIASA(TRANSFER)MAT YO KE JFA DGN TERMA TERMA TERTENTU SPT YG TELAH DISAMPAIKAN KPD JFA HARI INI DAN JFA DI BERI TEMPOH 7 HARI UTK MENERIMANYA.

ADALAH MENJADI HASRAT KAFA UTK MENYEMPUNAKAN SEMUA URUSAN BERKAITAN SEBELUM BERMULANYA PIALA AFF SUZUKI DI MANA MAT YO TERLIBAT..

KAFA MAU MAT YO TUMPUKAN KPD SUZUKI CUP DGN MEMBERIKAN YG TERBAIK UTK MISI MSIA MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN..KINI TERPULANGLAH KPD JFA..

Ramai yg bertanya berapa nilai MAT YO kpd KAFA..kafa tidak bercadang jadikan isu ini “public”…malah apa yg ditawar pd johor adalah JAUH LEBIH RENDAH DARI NILAI SEBENAR MAT YO..utk makluman MAT YO MASIH ADA KONTRAK 13BULAN LAGI..

nilai kontrak 2 tahun meliputi GAJI/CARUMAN EPF/INSURANCE/PERBELANJAAN PERUBATAN/ELAUN SEWA RUMAH/PINJAMAN BELI RUMAH/BONUS/GRATUITY KHAS TERMASUK PERBELANJAAN PERKAHWINAN DAN RAWATAN YG DI BAYAR KAFA…

SELAIN DARI ITU MAT YO JUGA TERIKAT DGN KONTREK PENAJA DI MANA IMEJ MAT YO TELAH DIGUNAKAN OLEH DIGI/KADA/ALHAMRA/DLL PENAJA KAFA YG KESEMUANYA TERJEJAS DGN PERPINDAHAN INI..

Kafa juga mengambil kira kesan pada penajaan baru serta kesan kepada PRESTASI PASUKAN DLM MEMPERTAHANKAN TREBLE APABILA PEMAIN UTAMA DI BERI KPD PASUKAN LAWAN..

KESAN KPD TURUT KEHILANGAN GATE COLLECTION JUGA PERLU DI AMBIL KIRA…WALAU PUN KOS NYA SGT BERAT BAGI KAFA DAN TANPA PENGGANTI KERANA NOTIS YG LEWAT DAN DI LUAR PERATURAN NAMUN KAFA INGIN BERI PELUANG KPD MAT YO MENERUSKAN KERJAYA DGN TEAM YG SANGGUP MEMBAYAR HARGA DAN GAJI LEBIH TINGGI DARI KEMAMPUAN KITA SENDIRI..

KAFA BERBANGGA DAPAT MENGGILAP MAT YO DARI SEORANG PEMAIN BIASA BERSAMA MYTEAM MENJADI “THE MOST VALUABLE PLAYER”HARI INI..KAFA AKAN MENGHARUNGI MUSIM 2013 DAN PERTAHANKAN “JUARA TREBLE” TANPA MAT YO MULAI SEKARANG…..

Related Posts

44 Responses to KAFA lepaskan Mat Yo berkuatkuasa serta merta

  1. belnja kawin pn kafa spurt, sewa rumah…. mmg kalu kafa xwi bonus pn mmg patut…

  2. Sedih pun ader….lega pun ader!!! Apapun…KAFA wat keputusan yg tepat pd waktunyer!!! Maybe pemergian matyo akn menenangkn kembli kem TRW…. Xpa..amik player lain,gilap smula n wat jd star!!! Pastikn player kelahirn klantan yg bermain tok Harimau Muda seperti izuan solahudin dan syahrul azwari tak tlepas pd pasukan lain..insyaallah TRW kuat lg thun dpan!!! Core player cam piya,indra,syakir,subra,farhan,apek still ader lg cume frust gok sal Subra akan berehat pnjang pas ni sal mnjalani pembedahan ACL pd lututnyer…pluang bg rizal fahmi n farisahm tok menyerlah kembali!!! Pancing kyril muhymeen..zairo annuar..faderin kadir..pasti TRW lg kuat pahni!!! Pd Johor maybe TRW loss is your gain but remember champion is not built in one day…it take time!!! May the best team win…adios

  3. Kepada KAFA, carilah bakat2 baru untuk menggantikan player2 yg telah meninggalkan pasukan. Kami fan TRW percaya KAFA mampu menggilap bakat2 baru untuk pasukan kelantan sebagaimana seperti sekarang. Pemergian matyo sebenarnya hanya mmberi minor effect kpd kelantan kerana kekuatan kelantan bukannya pd matyo seorang. Kekuatan kelantan ialah teamwork dn creativity play. Semua player boleh skor. Kepada matyo, selamat bekerja dgn majikan baru. Semoga berbahagia di sana.

  4. Ini menunjukkan KAFA lebih patriotik dari mana-mana persatuan bolasepak di negara ini,,,krn sanggup melepaskan Mat Yo Van Pitis kpd JFA sebelum piala AFF. Persatuan lain termasuk badan induk FAM lagak sahaja lebih…duit adalah segala-galanya bagi sesetengah org.. royalti dan kesetian adalah perkara ke 10 untuk sesetengah manusia…ttp bila ia berkaitan dengan diri kita sendiri ia adalah no-1

  5. Go mt yo gooooo..goodluck for your dream..l!!!

  6. Dulu Mat Yo;;Sekarang Mat Yeh Van Pitis

  7. pemain berhak berhijrah.. walaupun ada kontrak, boleh ditebus dgn harga yg sepatutnya… yag dah habis kontrak, apatah lagi boleh pilih pasukan.. jjangan main taktik kotor tak nak bagi imbuhan dan bonus kononnya tak setia. adakah takut pemain bintang dipancing team lain? susah nak mempertahankan kejuaraan? zaman pro sekarang biasa la pancing memancing ni.. bonus memang pemain berhak dapat sebab tu yang dijanjikan jika memenangi kejuaraan. sekarang bila tiba masanya, main ugut-ugut pulak.. sekarang ni yang tinggal dan setuju sambung kontrak tu pun sematta mata pasal bonus tahun ni selepas “diugut_. main tak tahu lagi macamana tahun depan. adakah sepenuh hati? rasanya buatt syarat jerkot… ye laaa… bila tak menang, baru boleh pindah… kan? tak gitu?

    • Tapi kena ikut procedure yg betul. Bukan main redah je.

    • Yoe, pemain yg dh habis kontrak tidak menjadi masalah untuk bonus dn imbuhan. Yg masalahnya ialah pemain yg belum habis kontrak dn x menghormati kontrak. Hang jgn cakap besarlah dn jgn duk provok org. Ape hang rs team negeri hang bagus ke?

      • Bagus tu tak lah, tapi jika nak di banding dengan pasukan lain di liga M kira oklah, lagipun TRW wakil tunggal M’sia di piala AFF, pada tahun ini, nak berjaya dalam peperiksaan boleh tapi kena usha dari awal, jangan bergantung dengan soalan spot, jika tidak akan jadi untung sabut timbul, untung batu tengelam…

    • jawapan yoe ni x cerdik mana..baca statement TSAM tuh..MELIBATKAN PENAJA…gambar2 player digunakan oleh penaja…

    • Yoe… kalau pemain nak berpindah pun kena ikut prosedurnya, bukan main redah jer… Maaf cakap pihak PJNB banyak menggunakan media dengan untuk membuat provokasi murahan dan juga kerap membuat pengumuman tanpa kepastian daripada pihak yang sepatutnya…Wang ditabur untuk menggangu pasaran, media massa digunakan untuk perang psikologi dan sering berat sebelah untuk menunjukkan bahawa Mat Yo dianaya dan TSHAM ni seorang yang zalim….

      Cuba Yoe lihat sendiri komen-komen TSHAM dalam facebook.. taip jer ‘Tan Sri Anuar Musa’ dalam Google, pastu nilai sendiri kenyataan- kenyataan beliau dalam semua perkara. Setakat ni beliau bukannya jenis ‘lepas cakap’ dan cukup berhemah dalam mengeluarkan kenyataan…takde maki-memaki, kutuk-mengutuk, carut-mencarut dan ‘provoke’ sana-sini… Sebaliknya beliau menerima segala kritikan dan cacian dari pelbagai pihak dengan sikap terbuka… Begitulah sifat manusia yang tak senang melihat hasil penat lelah orang lain, siang malam berusaha untuk menjatuhkan dan memalukan pihak yang ikhlas berusaha…Untuk pengetahuan Yoe, Kelantan bekerja keras sejak 2005 untuk naik dari liga FAM (liga divisyen 3) sehingga juara treble liga super 2012 hasil penat lelah, doa, dan sokongan yang tak henti dari penyokong…. Pelbagai dugaan dihadapi untuk mencapai kejayaan - FAM menganaktirikan Kelantan, pengadil berat sebelah, media massa dengan provokasi negatifnya, jurulatih buat hal, pemain-pemain buat onar lari tanpa ikut prosedur yang betul, peminat2 sendiri dan peminat pasukan lawan bergaduh, dsbnya…. tapi yang pastinya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani akhirnya dugaan2 ini mematangkan lagi pasukan dan seluruh penyokong Kelantan… Alhamdullillah akhirnya kami makin matang dan lebih bersedia untuk maju kehadapan..

      Tak mustahil untuk mencapai ‘Treble’ yang kedua, Insyaallah kejayaan pasti muncul disebalik kemelut dugaan2 ini…Kami yakin! Amin!…:)

    • ya betul…tapi soalnya sekarang johor nak tak mau keluar duit banyak2…kafa letak harga rm1juta dah cakap mahal…mat yo hak kafa sebab masih ada kontrak…kalau johor nak free tunggu ja next season lepas kontrak mat yo tamat…

  8. pikir laa.. jika korang kerja dengan syarikat A yang mula bagi pengalaman dengan gaji 3000, kemudian syarikat B tawar gaji 5000.. mana yang korang pilih?

    • Kena teliti dulu. Bukan kena amek faktor basic je. Kena tgk benefit2 dn kos2 sampingan lain.

    • Kena ambil kira faktor-faktor yang lain jugak, elaun, keselesaan dan keseronokan tempat bekerja, kemudahan-kemudahan serta keperluan yang lain dan juga liabiliti dan kos sara hidup ditempat baru…belum dikira dengan ‘stress’ dan ‘workload’ serta ‘expectation’ dari majikan…budaya bekerja pulak camner? Sokongan dari pihak sekeliling dalam suasana bekerja pulak macam mana? Keserasian? Belum tentu orang tempat baru suka dengan kita, ada yang dengki tak suka bila tengok kita lebihh sikit….. Pendek kata tak cukup sekadar RM3000 dan RM5000 jer yang dibuat perbandingan…banyak lagi nilai-nilai lain yang boleh membawa kebahagian walaupun kita dah berumur 40 tahun… Rezeki Allh bagi tak kira umur, cuma banyak sikit jer yang dia bagi sebab nak ‘test’ kita ni bersyukur ker tidak…Wallahua’lam..

    • Yeo mu ni ngaji Mano gak…
      Benok sunguh….
      Kalu Kerja mu nak resign pun kena bui notis
      Kalu Kerja pakat Biasa 1 bulan notis
      Kalu menegar gak 3 bulan notis
      Kalu nak juga resign bayar la ke company lama 3 bulan gaji
      Serupo la keh mat rok yo tu
      Benok sungguh mu ni serupa lembu mekoh
      Nak kecek tu biar tahu Hal nok kecek
      Malu kok org ah

      Apa pun selamat Deepavali kpd K raja gubal
      Dan sathia nangka

      A

      • Rilek! Rilek gu…biarla pade-pade doh Yoe tuh…rasonyo budok ngaji lagi tuh… tok kijo lagi.. koya alam pengajian lagi tuh… Dio tok tau lani kijo Kelate susoh nok cari…oghe pakat berebut nok kijo Kelate belako…biarlah demo nok tolok rezeki…ada gian oghe lain pulop tuh!…ko guano?..:)

    • Yeo , kau x buat home work. Kau study fakta dulu. Mat Yo pulak sekor bingung asyik menangis kat media.Gaji mahal ke murah Mat Yo masih ada kontrak. Tapi nasib baik TSHAM pemimpin bijaksana, buat keputusan terbaik. Inilah salah satu kunci kejayaan KFA.

    • betul dah kata demo.mat yo main dengan johor buleh 3 bulan pah singapore offer gaji 500 ribu .dia pun tinggalkan johor pulok.maka terkebil2 lah mata JFA dan rakyat jelatanya melihat tindakan mat yo dan punahlah harapan mereka mendakap piala yg semakin sirna.ingatlah!..hari ni kita rasa kita kuat duit banyak boleh buat apa saja yg kita suka walaupun menyebabkan kesusahan pada orang lain tapi esok lusa mana tahu mungkin ada orang yg lebih kuat kasi susah sama kita pula.so beringat lah dengan apa saja tindakan yg kita buat.jangan gunakan alasan era profesional untuk menghalalkan cara.ingatlah apa gunanya kita gunakan gelaran profesional kalau tindakan kita mengikut nafsu kerana itu namanya emosional bukan profesional.islam mengajar umat nya setia pada janji jika di mungkiri namanya munafik.betul..kerjaya pemain bola ini paling lama pun umur 40 tapi lepastu kan boleh jadi jururlatih pula.apa masalahnya?rezeki ada di mana2 asal sanggup berusaha dengan cara yg halal.kepada yg berkenaan tu jangan sampai kena batang hidung sendiri baru nak sadar.

  9. tempat jatuh di kenang apatah lagi tempat kamu menjadi idola, tak salah untuk berhijrah tapi sebelum hijrah toleh balik ke belakang agar kamu tak tersungkur nanti, jangan jadi insan yang durhaka, jadilah insan yang merdeka. sekarang ni mat yooo sampan telah diberi, pendayung ditangan mu, kemudilah sampan mu dengan baik semoga tidak karam dibedil ombak…..

  10. yoe, xde sapa nak tahan pun. Yg paling penting, kena complete kan ‘resignation period’ atau bayar. Itu sahaja. Hang ni x penah keje ke? Majikan xde hak nak tolak jika pekerja tender resign, paling2 sayang dgn pekerja tu, majikan akan memujuk supaya menarik balik ‘resignation letter’ je. Mungkin hang penah keje pikul beras dari gudang ke lori atau dari lori ke gudang je kot. Nak cakap mestilah ada ilmu dan fakta beb. Kalau x tahu undang2 lebih baik diam2 saja.

  11. Yor,dmo xpyh nk bnding nge kjo laen la,nie bolaspk boh ado kntrak so blo ade kntrak tu mknenye ada prjnjian,bilo ade perjnjian msty kna tpti,msln demo ado projek prumahan msty ado perjnjian nk siap bilo,jd klu xsiap ape jd?pikir lh boh dle bola pon sme la dk gege nk g laen sdgkn ado kntrak ag ,crdik kow gtu??dmo pon mrh klu bini demo sah ag nge demo tp nk g nge jate laen….hk tu xley pikir ke???dk hntam xtau pnca…!!!

  12. kerana ada ilmulah, maka kita perlu merdeka,utk merdeka kena complete kan ‘resignation period’ atau bayar….. saya rasa yang membuat komen tu tak berilmu, kerana tak boleh menyelami isi yang TERSIRAT, Mat yoo selamat maju jaya, LAIN PADANG LAIN BELALANG, LAIN PENGURUSAN LAIN RAGAMNYA.

  13. Yoe tu gi ngaji ilmu BIZNIS gih…jgn x tau apa bende bagi komen…

  14. KATA KATA ORANG BERILMU, TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG,RAMBUT JANGAN PUTUS TEPUNG JANGAN BERSELERAK, MARAH, KEJI , BENCI,JANGAN DITUJU KEPADA SESEORANG, MANUSIA SEMUA SAMA, HANYA YANG BERBEZA IMAN DAN TAKWA.

  15. yoe g baca buku la lg baik..kn xlulus spm lak kn

  16. alhamdulillah, selamat belajar…….
    jangan asyik nak main bola ajeeeeee.

    • TAHNIAH TSAM….ANDA TELAH BUAR KEPUTUSAN YANG SANGAT BIJAK…KITA ORE KLATE KENA TUNJUK YANG TEAM KITA TAHUN DEPAN LAGI HEBAT TANPA MAT YO-YO..
      AMBO TOK SABAR NAOK TENGOK TEAM KITO VS JOHOR TAHUN DEPAN…..
      (tapi bimbe jugok takut johor kaloh ado player hok kena penampar nati he.he.he….maklum laa bayar gaji mahal tokleh sumat goolll….TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU……..

    • Aiseh lupo nok oyat…lani musim cuti sekoloh….tak payah belajar gilo-gilo lagi…buleh main bola dengan sene hati…hehehe…sori boh!!…:)

  17. Gilap bakat jd pemain star adalah lebih mulia dr kekalkan star utk jd juara……borig la asyik2 TRW juara tiap2 tahun tak da trial. Tapi star is born not digilap….gosok jgn tak gosok biar bersinar.

  18. Apa pun harus berterima kasih pada TRW dan TSA kerana telah meletakkan tahap yg tinggi pasukan Kelantan dlm era sekarang.Perpindahan tu pekara biasa dlm bolasepak.

  19. Pingback: » KAFA setuju lepaskan Mat Yo | Sokernet

  20. Tahniah lah bini Mat Yo….

  21. yus lahad datu sabah

    salam semua..merasakan hiba juga pemergiannya dari TRW… namun kita harus ingat sebenar mana harapan kita biarpun bergabung seluruh penyokong serata alam termasuk anak2 jati kelantan di bawah bayu ini besar lagi kehendak empunya dirinya… DAN SEBAGAI PENYOKONG TRW SEPANJANG ZAMAN.. KITA HARUS INGAT BOLASEPAK DIMAINKAN 11 PEMAIN.. BIARPUN SATU YANG GUGUR NAMUN TIDAK BERMAKNA KITA TENGGELAM..KITA MASIH ADA KEKUATAN.. YANG PAING UTAMA KEKUATAN SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH ITULAH KEMENANGAN YANG SEBENAR..SELAMAT BERJUANG UNTUK MATYO MR.LINESMAN UNTUK JOHOR.. BUAT RAKAN SEPENYOKONG TERUSKAN GEGAK GEMPITA KITA BUKAN SAHAJA DI STADIUM KERAMAT MALAH DISEMUA TEMPAT DENGAN PALUAN REBANA DAN SORAKAN SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH SUNYI… AYUH TRW

  22. selamat berjuang Mat yo semuga anda berjaya ,tinggkatkan prestasi anda 2013 ,belajar yg baru dari mereka yg bertaraf Eropah dan semuga maju bersama majikan baru.

  23. kesian untuk kafa…tapi kes ni sama macam kafa nak ambil player zairul fitree dari kedah…bezanya zairul xglamour macam mat yo….zairul fitree dah sain kontrak main kedah, lepas 1st game tan sri anuar musa nak dia balik kelantan sebab masa tu anuar musa tengah kumpul player kelahiran kelantan…kedah terpaksa batalkan kontrak…zairul balik ke kelantan…itu la orang tua-tua pernah pesan “hari inikita buat kat orang, esok orang buat kat kita balik”…….mohon pencerahan…

  24. Terbaik buat TSAM semoga dirahmati Allah

  25. mat yo kalu nk jd pmain pro,sikap pun kna pro gak lah.kna hormat kontrak. patut lah kafa lpas mat yo. kalu simpan pun wat gapo lagi. kalu sipe pun nati dia bukan nya main. dia main main jh. cari lah pmain lain.bia lh mat yo ngan angan angan dia.persatuan hok nak bli pmain pun patut tgk gak lah kontrak pmain dulu. x hormat kontrak lamgsung.

  26. jange runsing belako lako,,,,penganti mat yoe dah stanby dua,,2 pemain ini betul2 memang power kalau dapat join team kelate 6ti,,kamek memang minat cara permainan diarang ini,,,kamek betul2 mohon TSHAM dapat runding moga dapat amek 2 pemain ini,,,cara permainan mereka ini meme berkelas dunnia,,,jaringannya selalu dibedil dari luar kotak penalti yang mencari kelemahan keeper iaitu disudut penjuru gol,,rembatannya juga selalu menyerong untuk menjaringkan gol,,,isyaallah bila diorang masuk kelate 6ti,,,tentu nama diorang lagi famous daripada mat yoe,,mungkin akan menjadi perhatian umum,,,,mungkin xsia2 TSHAM melabur,,,gimik2 sudah berbunyi mereka bakal di pancing KaFa,,bersyukur jika mereka dapat join kelate kerana aku meme idamkan cara permainan diorang ini,,,isyaallah bakat mereka dapat digilap di kelate 6ti,,,bermain di Tteam lammo diorang begitu tidak menyerlah disebabkan pengurusan tidak stabil,,,penyokong pun kurang disebabkan banyak penyokongnya menyokong pasuke negeri,,,
    Aku ucapkan selamat datang untuk 2 pemain ini untuk meyarung jc TRW taun depe walau aku jauh nun dibumi kenyalang,,,,
    Gomo kelate Gomo !!! Go More TRW Go More !!!
    The Giant Malaysian,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  27. kepada peminat TRW jangan gelabah. TSAM ada bersama TRW, beliau adalah satu-satunya genius bolasepak dalam malaysia. tak kesah apa saja masalah yang timbul, apa yang pasti pasukan TRW pasti lebih kuat musim hadapan.

  28. nk tny, klu JFA xnk byr jumlah yang sepatutnya? adakah mat yo still akan pergi ker johor?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>