KAFA setuju lepaskan Mat Yo
Tan Sri Annuar Musa, Presiden KAFA
PENYERANG sensasi Kelantan, Norsharul Idlan Talaha semakin hampir untuk menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) bersetuju untuk melepaskan Mat Yo menerusi “perpindahan biasa.”
Bagaimanapun, perpindahan tersebut bersyarat dan mempunyai terma tertentu yang perlu dipatuhi Johor.
Mengumumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya malam tadi, Presiden Persatuan KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) mempunyai tempoh seminggu untuk menerima tawaran KAFA dan andai Johor menerimanya maka Mat Yo akan sah menjadi hak milik pasukan Harimau Selatan itu.
“KAFA bersetuju untuk membuat perpindahan biasa, namun Johor diberi tempoh tujuh hari untuk menerimanya.
“Lagipun, adalah menjadi hasrat KAFA untuk menyempurnakan semua urusan berkaitan sebelum bermulanya Piala Suzuki AFF kerana ia melibatkan aksi Mat Yo.
“KAFA cuma mahu Mat Yo tumpu perhatian (ke atas persaingan) Piala Suzuki AFF dan memberikan yang terbaik bagi mempertahankan kejuaraan,” kata Annuar lagi.
Awal minggu ini, Sinar Harian melaporkan KAFA bersedia untuk merungkai segala masalah yang timbul berhubung isu perpindahan Mat Yo, selain menyatakan kesediaan untuk berbincang empat mata jika PBNJ benar-benar mahukan khidmat penyerang terbabit.
Sebelum ini, Mat Yo juga dilaporkan merayu agar KAFA tidak merumitkan urusan perpindahannya ke Johor dan melihat penghijrahan berkenaan dari sudut positif, termasuk memikirkan masa depannya.
November 13, 2012 - 9:18 am
Pegi lah matyo. Selamat bekerja dgn majikan baru. Lain padang lain belalang. Lain pengurusan, lain ragam. Johor pasni takleh kalah satu game pun. Kalau kalah, siap lah kau dlm bilik prsalinan nanti. TMJ tunggu.
November 13, 2012 - 9:34 am
semoga x menjadi masalah pada kamu. Selamat maju jaya. Bo lawe setaro demo…
November 13, 2012 - 10:17 am
G la jka kmu nk g…ku rela hdp tnpamu,yg pth kn tumbuh kmbali…apa pn trimakash semasa brsama trw dpt mnjulng treble thn nie,thnks ….gudluck untuk mjikan bru..gkg
November 13, 2012 - 1:11 pm
kalu set mu kalah nanti kena lap kasut dia tuh…sumpah seranah tu biasa jah nanti..
November 13, 2012 - 3:09 pm
aku ikut pekembangan kes matyo ni smpai hok pbnj kate kafa x bls surat ke2 tu..hok x bls tu bkpo eh?xkn senyap gitu je.. kekgi mesti ade org komen yg dh sudah tu sudah la, xpun yg selesai tu selesai la..tapi aku nok tau gok psl surat ke 2 tu..hahha
November 13, 2012 - 3:54 pm
Aku doh lama nok tengok kelate main tanpa mat yo sebab tahun 2012 trw nampak tok leh giii doh dgn mat yo, berat lari pun slow loni. Tahun 2013 kita slow tapi boleh menang 3 piala. Kalu mat yo tak dok aku rasa trw boleh menang dgn lebih senang lagi. Bhg serangan kita tumpul doh loni. Kalu dia tok gi tahun 2013 berat kita. Kalu dia giii lebih senang kita cari striker laju dan rajin dan kreatif.
Trw maju 2012
November 13, 2012 - 7:26 pm
biarlh mat yo gi.tnda2 kemarau jaringan mmg dh trserlah.sjk prtngahan liga,afc,peringkat awl piala mlysia mat yo x sumbat gol pun.trkini 2 friendly match pn x sumbat gol.bila dgn johor nnti andainya kau kemarau jaringan,masa tu lh tekanan yg amat hebat akn mnghantui diri kau.maklumlh bila gaji trlalu tnggi dibyr,komitmen n prestasi yg tnggi dihrpkan.klau x musim 2013 kau bnyk memanaskn bngku simpanan je.just wait n see.
November 13, 2012 - 10:41 pm
baru ni bunyi keras molek kenyataan TSAM..meh2 tak sir
lepah…tp sari dua ni molek2 ada kenyataan bahawa mat yo bebas main ngan Johor tp bersyarat ( syarat tak kuat mano pun rasonya )… main ngan raja….selok ngango set patik2…he he !!!!!
November 14, 2012 - 1:52 pm
biar la mat yo gi hok manis habih doh tinggal hapah doh tu biar johor makan hapah
November 14, 2012 - 5:43 pm
biarla Mt Yo gi,,,x sedak mano pun… kelate belila Radamao Falcao…
Pingback: » PBNJ balas surat tawaran KAFA | Sokernet