Isu pemain import perlu jadi pengajaran kepada FA negeri

ISU pemain import yang gagal melepasi syarat beraksi pada Liga Malaysia 2012 (Liga-M) harus menjadi pengajaran kepada setiap pasukan negeri dan kelab agar lebih serius dalam mengikut garis panduan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata ia penting dalam memastikan bola sepak negara benar-benar mencapai tahap profesional.

“Saya harap ini menjadi satu pengajaran…kita ini dah masuk profesional, kita kena tahu jadual bila nak ambil pemain import untuk tentukan benar-benar dapat kelulusan FAM,” katanya.

Tengku Abdullah berkata demikian ketika ditanya berhubung beberapa persatuan negeri dan kelab yang mahu membuat rayuan selepas sembilan pemain import gagal melepasi syarat beraksi pada Liga-M.

Katanya FAM tidak akan mendengar rayuan tersebut dan pihak persatuan negeri dan kelab perlu menunggu pendaftaran pemain import pada tarikh berikutnya.

Bagaimanapun, Tengku Abdullah berkata pihaknya akan mengkaji untuk mempercepatkan tarikh pendaftaran kedua yang ditetapkan pada April depan ke satu tempoh yang terdekat.

Sementara itu, Tengku Abdullah meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi mengenai nasib penyerang negara, Safee Sali berikutan laporan berhubung Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan badan bola sepak dunia FIFA.

“Kita jangan cepat beranggapan, kita masih menunggu cerita sebenar, kita juga nak dapat pengesahan daripada FIFA tetapi musim perayaan (Krismas) pejabat FIFA) tutup,” katanya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>