Isyarat lucah, siku: FAM tunggu aduan rasmi KAFA, PBNJ

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung insiden panas yang berlaku pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak berkata, KAFA dan PBNJ boleh mengemukakan laporan terhadap dua insiden yang berlaku pada pertembungan penuh dramatik itu.

Dua situasi yang dimaksudkan itu ialah melibatkan penyerang import Johor Darul Takzim (Johor DT), Leonel Nunez didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan.

Satu lagi insiden melibatkan seorang lagi penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo yang mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah selepas disiku oleh tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.

Insiden tersebut dikatakan ‘terlepas pandang’ oleh pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri sehingga menyebabkan Indra terlepas daripada menerima sebarang hukuman atau kad kuning.

Mengulas lanjut, Taufek berkata, tindakan Nunez itu boleh diambil tindakan meskipun insiden itu berlaku ketika pemain kelahiran Argentina itu sedang melakukan regangan badan di tepi padang.

“Memang ada kod tatatertib di bawah peruntukan sedia ada yang mana jika terdapat pemain atau pegawai yang menunjukkan isyarat lucah, mereka boleh diambil tindakan tegas.

“Meskipun perbuatan itu dilakukan di luar perlawanan, FAM boleh mengambil tindakan jika KAFA mengemukakan laporan demikian.

“Begitu juga dengan PBNJ, mereka boleh mengemukakan aduan berhubung kekasaran yang dilakukan Indra terhadap Mat Yo.

“Merujuk seperti kes sebelum ini, (penyerang Selangor) Mohd. Amri Yahyah pernah digantung tiga perlawanan dan denda RM1,800 disebabkan kekasaran melampau terhadap (bekas) pemain Kelantan, Mohamed Ghaddar pada aksi Liga Super tahun lalu.

Taufek berkata, pihaknya tidak boleh melakukan sebarang tindakan atau dakwaan jika tidak mendapat laporan rasmi daripada KAFA mahupun PBNJ.

“Buat masa ini, kami hanya menunggu laporan penuh atau aduan rasmi daripada kedua-kedua persatuan (KAFA dan PBNJ) mengenai insiden tersebut.

“Pihak sekretariat FAM akan mengambil tindakan susulan jika ada laporan dikemukakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri malam kelmarin, Kelantan tampil bergaya apabila membelasah Johor DT 6-1, sekali gus melangkah ke saingan separuh akhir dengan agregat 8-5.

The Red Warriors bakal berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Oktober depan.

- Kosmo


JDT vs Kelantan - Piala Malaysia 2013

15 Responses to Isyarat lucah, siku: FAM tunggu aduan rasmi KAFA, PBNJ

  1. dulu menjelir, sekarang kena siku

  2. Aku tengok JDT main kat tempat sendiri, x de lah terdesak nak menang sampai siku orang..

    • xyah la cari alasan bodoh. dah kalah tu terimala hakikat. lupakanla nak luas kuasa tu. luaskan kangkang mu tu dulu biar boleh melangkah lebih jauh lagi. jdt tak kuat, redwarrior kuat, nak wat camner. xdapek den nak tolon.

    • fan trw pon xtdesak mana…xla smpi nk bunuh org

    • JDT terdesak nak menang tak siku orang
      tapi curi pemain dalam kontrak
      buat rundingan dengan pemain masa dalam latihan skuad kebangsaan
      bayar pemain mahal mahal beli pemain ternama
      terdesak nak 3 piala last last satu pun tak dapat….
      luaskan anngan mu

      mat yo tak salah…..

  3. kalau jdt komplen pasal indra, kafa tlg lapur juga pasal matyo jelir lidah. itu 1 penghinaan besar tu.

  4. isyarat lucah memang sesuai untuk beruk2 merah

  5. Sep xabis2 dgn provokasinya..belajarlah,terimalah kenyataan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>