Daniel Guiza pemain import Johor 2013
Daniel Guiza: Bintang Skuad Sepanyol Juara EURO 2008
Bintang EURO 2008 Sepanyol ‘Daniel Guiza’ penggempur import Johor (FC) 2013
Johor bakal menandatangani bekas pemain kebangsaan skuad Sepanyol, Daniel Guiza minggu ini.
Johor FC yang musim depan dikenali sebagai Johor telah mengadakan rundingan dengan Guiza untuk mendapatkannya secara pinjaman selama satu musim.
Daniel Guiza yang beraksi untuk pasukan Getafe FC merupakan sebahagian dari pasukan Sepanyol yang pernah menjuarai kejohanan Euro pada tahun 2008.
Beliau akan berada di Johor pada hari Khamis ini untuk mengesahkan terma dan syarat peminjaman di Johor FC.
Menurut setiausaha Johor, Suhairi Hashim, beliau mungkin pemain import termahal di Malaysia kerana nilai marketnya lebih dari 2 juta Euro.
Selain itu, penyertaan Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Muslim Ahmad dan Azmi Muslim dalam pasukan Liga Super itu juga bakal diumumkan minggu ini.
Sumber-sumber juga mengatakan Norshahrul Idlan Talaha 90 peratus hampir pasti akan beraksi untuk Johor musim depan walaupun baru-baru ini Kelantan FA telah menolak rayuan penyerang itu untuk berpindah.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menghantar surat kedua kepada Kelantan FA menawarkan pampasan untuk menebus kontrak Norshahrul. — espnstar.my
October 31, 2012 - 6:51 am
Ni utk main di team Johor yg Asli atau Johor FC ?..confius
Pingback: » Johor sambar bintang EURO Sepanyol | Sokernet
October 31, 2012 - 10:27 am
Player JOHOR hebat2…. tapi Penyokong buleh bile dengan JARI KAKI,…… cit podah…. jange sapa X CUKUP PITIS nak bayar sudohlah…..
October 31, 2012 - 7:15 pm
jgn pndg rendah bai pnyokong johor.. korg mat kelate msa bola sepak klntn lunyai, rmai sgt ke penyokongnya? ptuihh
October 31, 2012 - 8:10 pm
Masa team Kelantan main liga perdana pun kami tetap bg sokongan la, tiket RM5 je masa tu…kau mana tahu situasi bola kat negeri kami..sbb sokongan itulah team kami makin naik smpai ke tahap sekarang…antara ramuannya ialah penyokong…jgn buat provokasi la,berckp guna fakta & otak k..peace
October 31, 2012 - 8:24 pm
what everman….yg penting next year will be JOHOR years…. FORZA JOHOR!!!
October 31, 2012 - 8:48 pm
whatever?…jgn riak sgtla..blum tentu la,eksperimen je tu..pengurusan kena bagus..pastu kena cari jugak anak jati johor utk perkuat team..xde makna la amik semua org luar..cth team Tganu,Selangor & Kelantan 40% adalah anak jati negeri diorg sdiri..nak naik cepat mcm ni la,beli semua star pastu kewangan lingkup..duit berbukit2 pun kalu asik tarah kojol jgk…aku rasa nk gelak pun ada,nk jd juara segera kata kan..apa pun xbleh blah..
October 31, 2012 - 9:23 pm
mesti mak ko ngn bapa ko..b*** kn, kalu tk engko xkn guna nama tu utk sakitkn ati org negeri lain kn…
October 31, 2012 - 9:32 pm
Awas penyokong kelate & johor & lain2. Aku nampak ada cubaan nak cuba ngadu domba antara negeri2. Menyamar jadi kelate komdian kata hudoh kat johor. Biasanya bahasa kelatenya nampak pelik. Pastu ayatnye pendek2, lucah & takde hujjah. Kalau ada pun hujjah bodo.
October 31, 2012 - 11:23 am
Johor FC - Next year jadi Johor, maen liga super. Team kelab. kaya.
Johor FA - Team negeri. maen liga perdana.
November 2, 2012 - 3:55 am
Yup.. Johor adalah kelab. dan Pasukan Negeri adalah Johor FA.
October 31, 2012 - 1:45 pm
well..good luck & all the best Johor..pasti ini sgt merancakkan lagi liga kita. Ku tunngu mu Johor.
November 2, 2012 - 3:58 am
Pada aku kualiti pemain adalah bergantung kepada keserasian dengan pemain lain. Jika dalam satu pasukan tu ada kerjasama, ini pasti boleh membuahkan hasil. Mat Yo dan Syafiq sudah bersama dalam skuad kebangsaan. bertemu pulak pasangan kembar, muslim, azmi dan azwan roya. Keserasian itu penting. Ditambah pulak kehadiran Pemain Import untuk berkongsi pengalaman dan idea dalam dunia bola sepak. Tak mustahil, jika Guiza ni main Johor, mesti dia akan beri pendedahan terbaik kepada semua player muda nie..