Johor sambar bintang EURO Sepanyol
Daniel Guiza pemain import baru Johor 2013
JOHOR membuktikan kesungguhan untuk membentuk skuad yang digeruni bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan apabila mengikat pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza.
Guiza merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 iaitu ketika mewakili Mallorca dan disahkan bakal menjadi milik skuad Johor.
Pemain itu dijangka tiba di sini esok bersama ejennya untuk menandatangani kontrak Jumaat ini.
Kehadiran pemain yang lebih dikenali dengan nama Daniel Guiza dan berusia 32 tahun itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam.
Selain Guiza, Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak, Azmi Muslim dan Mohd. Muslim Ahmad sah menjadi milik Johor, manakala Safiq Rahim dan Mohd. Nurul Azwan Roya sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pasukan itu.
Johor juga sedang menunggu keputusan daripada penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha.
Tunku Ismail berkata, Guiza yang merupakan pemain penyerang kini beraksi untuk Getafe dalam saingan La Liga, sudah hampir 95 peratus menjadi milik Johor dan pasukan mengalu-alukan kedatangan pemain itu.
“Nilai pemain itu di pasaran Eropah adalah 1.6 juta euro. Berapa jumlah yang PBNJ bayar untuk mendapat khidmatnya, saya tidak akan dedahkan. Yang penting dia bakal memberi impak kepada skuad Johor dalam saingan musim depan.
“Dia (Guiza) yang membantu Sepanyol muncul juara Piala Eropah 2008 sudah menyatakan persetujuan beraksi bersama Johor dan kami gembira dapat mengikat pemain bertaraf dunia,” katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi di sini semalam.
Selain Mallorca dan Getafe, Guiza juga pernah beraksi dengan kelab Turki, Fenerbahçe dan turut membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah bersama kelab tersebut.
Tunku Ismail juga memberitahu, bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad bakal menjadi Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim manakala Johor FA pula akan dibimbing Azmi Mohamad.
“Kita sedang mencari seorang lagi pemain import bagi menguatkan posisi tengah pasukan.
Untuk itu, kita akan umumkan siapa pemain itu tidak lama lagi,” katanya yang mahu mengembalikan kegemilangan Johor dalam arena bola sepak negara. — Utusan
October 31, 2012 - 9:56 am
satu langkah yg sgt drastik utk kembalikan kehangatan liga malaysia..gudjob..setahun cukuplah utk experimen..
October 31, 2012 - 10:30 am
PLAYER yang main dengan JOHOR kene ingat… jangan sampai kalah satu game pun… JOHOR bayar mahal…. jangan kene PENAMPAR @ MAKI kat DRESSING ROOM dengan tut…. SUDAHLAH…..
October 31, 2012 - 2:35 pm
HAAA…BETUI TU SEMAH PLAYER JOHOR KENA INGAT TUU MAIN JANGAN SAMPAI KALAH SATU GAME PUN.KALAU KALAH KENA DRESSING…HAHA LUCU..
October 31, 2012 - 2:51 pm
Berapa orang player anak jati Johor main untuk musim 2013? Kalau semua org luar takyah guna nama negeri utk team la rasanya.
October 31, 2012 - 3:11 pm
Aku ingat laaa…T.M johor ni bukan target malasian league sajo tahun depan aku raso dio nak pecahkan treble klate tahun depan 1.liga perdana.2.FA cup .malaysian cup 4.Afc cup ….(tp kalu 1 pun tak dapat MALUUUUUUU….. pemain ber STAR-STAR…tp….tengok laa nanti camno..
October 31, 2012 - 6:01 pm
APA KONO DENGAN KO NI JANG..KO JELOS KE APO???
November 1, 2012 - 11:04 am
Betul tu JOHOR nak main di ECL tahun 2014-2015….
October 31, 2012 - 3:43 pm
come on la bro.. jgn la pemikiran macam tu kawan2.. man city, chelsea, real madrid sume pon beli player star2.. tp kejayaan tak dtg sekelip mata.. kene amek masa nak sesuaikan cara permainan pemain2.. jurulatih pon nk experiment gandingan terbaik utk pasukan.. bagi la chance kat johor.. at least makin meriah persada bola sepak tempatan kita.. takde la asyik di monopoli oleh pasukan sama je saban tahun.. macam tahun lepas ATM berbelanja sakan.. drg menang liga perdana, tp xmng piala malaysia.. but it still pencapaian bg pasukan yg sebelum yg tahun sebelum tu ntah kt mane… kalau nk ckp bape kerat player johor men utk johor, then persoal guna nama johor? come la.. n.9 masa mng piala malaysia dulu, key player bukan anak negeri semata2.. Rezal Zambery (kepten), idris karim, n wan jamak semua anak jati johor kan? Hai O pn bukan anak n.9.. xde sape persoalkan.. sebagai player bola, kite mesti nk berada dlm pasukan yg terbaik.. dr segi barisan pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokong.. x kira la team mana pon, kalau semua diurus tadbir dgn baik, player akan happy n cuba perform.. jgn la nk bunuh arena bola sepak tempatan dgn tuduhan2 xmatang.. kita kene sama2 bantu dan sokong segala perkembangan yg baik untuk bola sepak negara.. kalau pasukan2 dlm liga kita bagus2, nescaya kita akan ada ramaiiiii barisan pemain2 bagus untuk kem Negara nanti.. dari situ, diharap makin meningkat la prestasi pasukan negara di peringkat antarabangsa dr segi pencapaian dlm kejohanan2 antarabangsa, dan juga kedudukan ranking pasukan negara di peringkat dunia.. come on bro.. kalau bukan kita yg sokong, NAK HARAP SIAPA LAGI? hidup bola sepak Malaysia! saya mesti pilih! =)
October 31, 2012 - 4:23 pm
hurmm!!! okey3.. saya anak orang johor.. bagos jugak tindakan nak menambah baik sukan bola negeri johor.. tapi kena ingat jugak.. beli pemain berjuta2 harge pon dekat johor niy masih rmai orang miskin dan papa-kedana.. lebih baik duit tu di salurkan ke mereka yang memerlukan itu lebih baik.. jika berkat ALLAH bersama2 kita tak kire siapa pon pemain kita pasti kita boleh menang. jadi kejarlah BERKAT ALLAH..
October 31, 2012 - 4:54 pm
Apasal dia orang tak belajar dari jepun & korea macam mana depa jadi kuasa dunia bolasepak. Adakah dengan membeli pemain import yg mahal2? Walaupun duit tu dia punya tapi Ringgit tu Malaysia punya yg mengalir keluar. Kalau RM1j setahun pun dah amat mahal apalagi kalau Euro1.6j. Aku harap trend belanja besar beli pemain import ni tak berterusan. Semoga team yg lebih utamakan local players akan cemerlang untuk 2013…NS, Perak, Kelate, Selangor, ATM, Sabah, Sarawak.
October 31, 2012 - 6:07 pm
yang hang nak kalut sangat ni knp? bukan pakai duit hang pun..hang tau kutuk2 pakai air liur hang tu watpa? jangan duk kalut sangat nohh…
October 31, 2012 - 9:03 pm
aku rasa…duit cukai rkyt johor, mmg ada sponsor..duit sultan..duit sapa bgi ek?…takut…
October 31, 2012 - 9:07 pm
xpe la aku sahaja kot y rasa gitu.. org jhr lain xrsa takut mcm aku
October 31, 2012 - 9:21 pm
Hehe…aku ni rakyat prihatin. Aku takleh tengok kalu ada pemimpin boros. Lebih baik boroi dari boros. Pasal duit depa duit aku, duit aku duit depa. Tapi takpe, aku kasi chan lah tahun 2013 ni kat johor belanja besar. Kalo gagal kalo, 2014 ambik semua local ajelah. Kalu ada duit lebih bagi kat melaka….dia orang terpaksa minta derma dah sekarang. Cian melaka.
November 1, 2012 - 3:48 pm
Sabaq bang Karim oiii…betul la pendapat rajaguli tu..kita fan-fan ni keno bg pendapat,xleh duk diam bisu ja..byk duit pun kita heran apa..duit dia yg kopak..tp xsalah pun kalo nk bg pendpt..xsalah pun team johor nk belanja besaq mana pun,tp kena pikiaq la long term..gilap player tempatan lebih baik dr tiap2 bulan duk byq juta-juta kat player import tu..sekian pndpt aku sekupang cuma..heh
November 1, 2012 - 11:34 pm
bnyk tul duit PBNJ ni. takkan sultan nk keluar duit sendiri kot.. kita tgk la di jersi JOHOR musim dpn, siapa yg jd tukang sponsornya.
October 31, 2012 - 5:09 pm
aku fan johor fc..aku dduk psir gudang…aku bkn nk ckp ape..tapi nmpknya team baru johor ni sekadar tumpang reputasi pasukan johor fc sedia ada..nk ikutkan, deorng still main liga premier musim depan…lepas tu pulak, sumer player2 johor fc mcm eddy helmi, arthuro sumer entah kemana then deorng serap player johor fa pulak masuk team ni..anak haram betullah
October 31, 2012 - 6:14 pm
Johor perlu rombakan player secara besar-besaran untuk mendapatkan satu team yang kuat..kalau nak harapkan johor fc je sampai bila pun johor x menang cup BENGONG!!!
November 1, 2012 - 3:42 pm
Abis tu johor FC mcmana?..xde la next season?..Johor FC best jugak slalu jugak main smpai quater final..dlm liga pun jarang jatuh tercorot..Harap musim depan lgi best,kompetitif..
October 31, 2012 - 6:17 pm
permain tengah amik Frank Lampard la..baru power!!! hehehe…
October 31, 2012 - 7:04 pm
nak power amik Austin Powers je senang…kalo tak dapat, Asafa Powell pun ok
October 31, 2012 - 9:01 pm
Ambik kami le. Gerenti menang.
November 1, 2012 - 11:38 am
xpyh amek player import sgt la..lantik alex ferguson jd manager johor pun orait.. atok tu dh nk pencen kat manU… kalo nk yg muda lantik pep guardiola kompem johor lps ni maen style tiki taka
November 2, 2012 - 4:07 am
Ramai yang masih xfaham. Johor adalah pasukan kelab. Penyertaan bagi skuad Johor adalah dari mereka yang berstatus terbaek. Sbb utama mengambil Johor FC adalah kekal sebagai Kelab utama. Rasanya xsalah klu TMJ gunakan nama Johor sebagai Kelab Utama dan menjadikan kelab termahal di Malaysia.
Bagi anak jati Johor semuanya diserapkan kepada Pasukan Negeri atau Johor FA. (FA pun bermaksdu Football Assiaciation). Semua pemain yang bermain di Johor FA adalah majoriti asal dari Johor. TMJ mempunyai strategi penting dalam membawa 2 pasukan ini ke kancah LIga M.
Target utama TMJ adalah membawa pasukan Johor ke Piala AFC 2014/2015. TMJ dapat pemain Import ternama yang berstatus dunia pun hanya untuk mendapatkan sokongan dan menarik balik semangat penyokong Johor untuk kembali ke Stadium.
November 2, 2012 - 11:09 am
ni baru pemikiran yang betul…banyak yang nk kondem jerk…
negara dah maju zaman dah berubah…untuk kebaikan sukan bolasepak gak…dah lama harap ada jual beli pemain macam negara2 kuasa besar dunia…baru la meriah…
November 2, 2012 - 12:13 pm
Kalu ya pun…..RM7juta setahun sorang tu overkilled ongputeh kata. Bayor aje ewana…dia nak RM1juta aje. Mokteh rasa ini bukan aje overkilled…overdone….overcooked…terover.
March 3, 2013 - 5:35 am
banyak betol haters , TMJ beli player semua pakai duit harta perniagaan Kesultanan Johor la, buat research dulu.. depa punya gaji Sultan pon depa tak sentuh masuk dalam Yayasan Iskandar utk diberi kepada rakyat Johor. Kesultanan Johor dah tentu terkenal dari zaman raja2 dulu sebab perniagaan yg berkembang sampai ke United Kingdom. Kalau ya pun depa nak belanja besaq utk bola, duit depa, depa raja2.. yg hangpa semua dok kalut ni pasaipa ? Ini salah satu cabang dari TMJ utk menyatukan rakyat2 Johor.. lagi satu yg jadi manusia asik dok harap bantuan orang ja ni sampai bila ? Sbb tu hang tak kemana.. dok harap orang bagiii saja..