Annuar Musa bidas Pengerusi JK Tatatertib FAM

Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa, Presiden KAFA

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang digantung dua setengah tahun dan semalam diberi amaran oleh badan itu, mempersoalkan ‘tindakan terbaru’ dikenakan ke atas beliau.

“Di mana salahnya?” soal Annuar dalam reaksinya dipetik dari laman sosial Facebooknya.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak yang memberi amaran keras kepada beliau agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Malah menurut beliau, sikap sedemikian juga menunjukkan badan induk itu cuba mengganggu fokus Kafa dalam usaha menjuarai Piala FA, Sabtu ini.

“Ada pihak yang tidak senang hati melihat kemunculan saya di TV, malah mempertikaikan kenapa saya masih lagi hadir di Majlis rasmi.

“Lagipun titah Presiden FAM sebelum ini, ‘This is a free country, and I’m a free citizen’, jadi apa masalahnya?” kata Annuar.

Pandangan Annuar merujuk kepada kenyataan Taufik yang menyatakan beliau telah melanggar keputusan jawatankuasa tatatetib dengan menghadiri satu majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warriors di kafe The Red Warriors di Kota Bharu, kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa majlis itu adalah anjuran Fan Club KELATE.NET dan The Red Warriors Cafe dan bukannya gabungan FAM ataupun Kafa.

“Saya hadir atas kapasiti peribadi dengan melancarkan CD dikir barat dan kempen jualan, tiket anjuran mereka, jadi saya tidak tahu di mana salahnya?” kata beliau sambil menambah, “lagipun saya digantung dari aktiviti bola sepak, bukannya dilucut dari jawatan.”

Sementara itu, kenyataan Taufik yang tidak menggalakkan Annuar hadir pada pertemuan final Piala FA antara Sime Darby dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti dikhuatiri menimbulkan masalah kepada pihak penganjur untuk mengatur tempat duduk bagi memenuhi protokol beliau yang berstatus Tan Sri, Annuar berkata, itu semua tidak memberi masalah kerana bagi beliau isu protokol tidak memberi sebarang kepentingan.

“Hanya orang gila pangkat dan mabuk kuasa sahaja sibuk dengan protokol dan kedudukan dirinya, kita rakyat biasa dan manusia biasa, ‘we have nothing to lose, stop all provocation, enough is enough’.

“Saya tidak perlu dijemput atau disambut dengan protokol, itu semua tidak ada masalah bagi saya. Insya-Allah saya akan tetap berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini,” tambah beliau.

Awal bulan lalu, Annuar digantung dua setengah tahun apabila melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Selain itu, Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut. — Sinar Harian

Related Posts

12 Responses to Annuar Musa bidas Pengerusi JK Tatatertib FAM

  1. jgn jatuh bolasepak KELANTAN dan TSAM

  2. FAM tidak berhati perut…cukuplah menghukum orang yang menegakkan keadilan……FAM banyak rasuah…….

  3. Klu dah banyak lapurn TSAM langgar hukuman knape x keluarkan surat atau tanya sndiri, dh terbukti baru le bg amaran, ni tidak….main ugut2 pulak, apa ke bangang benar si Topek nih???? Tak boleh bezakan TSAM buat sema 2 atas kapasiti ape….. majlis yg dihadiri 2 majlis ape…. klu ckp bodoh kan…memang bodoh pun!!!

  4. Biasalah….Kalau si BANGANG,si BAHLOL dan si PEMBODEK berada dalam FAM, sampai bila la cerita ni terus berulang-ulang…Rakyat Malaysia makin menyampah kat FAM lagi ada…Kalau boleh, FAM mahu TSAM jangan cakap langsung pasal bola sepak, padamkan terus dari minda TSAM perkataan “bola sepak”….Kira haram la bolasepak kepada TSAM, macam babi atau anjing…Apa punya mindalah orang FAM…

  5. Sokong Tok Wa.

    Maju Tok Wa

  6. revolusi sukan malaysia akan muncul tidak lama lagi.

  7. memang topek yg kuar issue ni…biasnya Udin & Idin involve jugok…Udin esspecially..

  8. Ohhhhhhhhhhhhhhh.. kuat molek hok menyucuk.. bare tok leh kelih org jadi tumpuan.. ingat ko keno gatung 2thn 6 bule… dok tubik doh dale tv.. tapi koho galok.. TSAM jadi perhatian.. jiwa mereko2 tu makin sakit.. hati busuk mulo bernanoh.. bilo napok TSAM dok kat kerusi VIP.. daroh naik ataih kepalo.. kalu nok pecat.. mung pecat lah… pahtu kito bowo g mahkamah.. kito lawe.. kalu menang.. dgn kes2 2 thn 6 bule.. kito bulih padamkan.. kalu gagoh sikit.. dgn2 FAM kito bagi haram ke.. pah tu kito buko Organisasi Baru…. baso jenis busuk Hati…

  9. kawe.. meme rasa FAM memang bebal dan pilih bulu.. tak teruskan hukuman serawak takut kalah PRU.. kelate payah kot.. meme sek kelate semangat kekitaan meme kuat.. bila ada hal bersatu…

    Tak kira sapa pun ,ada hobi semua org berhak .. jadi orang biasa dok cara biasa.. kalau sek kelate nak julang TSAM semacam vip pun takpe.. tado kuasa pun takpe.. tapi ada jasa..biar besila sekalipun.. kawe bangga..

    harap takde sekor puak.. F.A.M..puak tak faham bola… pasal takde kaitan dgn kelate hanya …
    GOMO KELATE GOMO..

  10. haish..perlu macam bersih 4.0 ni..pakat demo duduk depan office fam..supaya fam tahu/sedar ego depa..

  11. Taufik @ Taufan

    Mmg banganglah puak2 FAM nih..jenis bengap lebih dari spesies haiwan, perangai mcm budak2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>