PAFA didenda RM82,500 gara-gara kekecohan penyokong

Kecoh Perak vs Johor JDT

GARA-GARA insiden penyokong memasuki padang pada aksi Liga Super antara Perak menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut 27 April lalu, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kini berdepan denda berjumlah RM82,500 daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mengulas lanjut, Setiausaha Kehormat Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan dalam masa terdekat kepada FAM bagi memansuhkan atau pun mengurangkan kadar denda berkenaan.

Menurutnya, rayuan berkenaan dilihat sebagai munasabah berikutan insiden seumpamanya tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kita mengemukakan rayuan ini dengan tujuan agar denda berkenaan dapat dimansuhkan atau dikurangkan. Lagipun kejadian sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini, lagipun anggota keselamatan di stadium mencukupi.

“Daripada pemerhatian kita, mereka ini terlalu ghairah dan teruja untuk meraikan kemenangan pasukan Perak, apatah lagi berjaya menewaskan skuad yang dibarisi ramai pemain ‘bintang’ seperti JDT,” katanya pada sidang media di pejabat Pafa, semalam.

Bagi insiden berkenaan, Perak berdepan empat pertuduhan dengan tiga pertuduhan membawa denda berjumlah RM42,500.

Bagi pertuduhan keempat pula, ianya merangkumi daripada ketiga-tiga pertuduhan sebelumnya dan Perak berdepan dengan denda berjumlah RM40,000 yang menjadikan keseluruhan denda berjumlah RM82,500.

Sementara itu, Abdul Aziz Yeop, berharap agar rayuan berkenaan diberi perhatian selain mendapat pertimbangan sewajarnya oleh pihak FAM.

Malah katanya lagi, pihaknya juga percaya kebanyakan penyokong yang memasuki padang itu juga tidak berniat untuk mencetuskan provokasi atau sebagainya, tetapi sekadar mahu meraikan kejayaan pasukan.

“Apa pun, kita tetap mengaku insiden berkenaan (penyokong memasuki padang) ada berlaku, namun kita juga percaya percaya majoriti penyokong yang memasuki padang juga tidak berniat untuk menyerang pengadil atau melakukan provokasi, tetapi lebih untuk meraikan kejayaan pasukan. Jika ada mungkin segelintir, tetapi berjaya disuraikan,” katanya.

- Sinar Harian

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to PAFA didenda RM82,500 gara-gara kekecohan penyokong

  1. Ni tahun lepas, tahun ni kena lagi denda la perak..kalo duit byk tu lain hal la..sudah la prestasi makin teruk, dah ada tanda utk turun liga jgn la mcm2..MU pun dah sampai masa jatuh..kena terima hakikat lah..akan dtg turun liga pasni komfom,kena bayor denda berpuluh ribu,ratus ribu, rugi woi baik bangunkan skuad mantap semula..ape la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>