Piala FA: Annuar impi Kelantan temu Johor DT di Final
PENASIHAT Persatuan Bola sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa yang berpuas hati dengan persembahan skuadnya membenam Terengganu 4-1 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA malam semalam, berharap anak buahnya mengekalkan momentum itu untuk ke final.
Beliau juga berharap pentas final akan menyaksikan pertembungan skuad Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT).
“Kita harap dapat bertemu Johor Darul Takzim di final, sebab baru ni kita tak puas hati sebab tak main ‘full team’. Jadi kita nak main ‘full team’, kita nak uji Johor, di ‘neutral ground’,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Pada pertemuan di laman sendiri malam semalam, skuad Red Warriors yang menurunkan semua pemain utama, ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama namun bangkit pada 10 minit terakhir babak kedua untuk menjaringkan empat gol.
Video Gol Kelantan 4-1 Terengganu
Mengulas percaturan jurulatih Kelantan Bojan Hodak yang tidak menurunkan kesebelasan utama pada pertemuan dengan JDT Rabu lepas, Annuar berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan jurulatih dari Croatia itu.
“Malam tadi kita setujulah (dengan percaturan Bojan) yang meletakkan pemain-pemain utama. Yang tak setuju ni dia simpan pemain dulu. Tapi lepas dia jelaskan kepada saya prioriti dia adalah (perlawanan) ini, kita terima. Bojan dah buktikan dan kita terima alasan dia,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan Annuar mengecam tindakan Hodak menerusi laman sosial Facebook miliknya selepas Kelantan tunduk kepada JDT 0-2 dalam pertemuan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Hodak mempertahankan tindakannya “menyimpan” beberapa pemain tonggak dengan alasan mahu memberi mereka yang cukup bagi menghadapi saingan separuh akhir Piala FA.
Mengulas tegurannya menerusi laman sosial itu, Annuar berkata beliau sekadar mahu menyedarkan anak buahnya selain membayangkan ada ‘durian runtuh’ menunggu jika Kelantan mara ke final Piala FA.
“Kita mesti mara ke final sebab kita adalah juara bertahan, dan saya beritahu mereka saya akan beri ganjaran yang cukup besar sekiranya berjaya ke final,” katanya.
Sementara itu, Hodak berkata keletihan bermain dalam 17 perlawanan dalam tempoh dua bulan menjadi penyebab kepada kemerosotan kualiti permainan dan beliau terpaksa memanfaatkan sepenuhnya pemain tonggak kerana kekurangan pemain simpanan berbisa yang boleh digilirkan.
Akan tetapi katanya, keputusan yang dicatat menunjukkan pemain Kelantan mempunyai kualiti tersendiri kerana masih berupaya mempamer prestasi cemerlang sekalipun keletihan mengharungi jadual perlawanan yang padat.
- Bernama
May 27, 2013 - 11:27 am
aku pun harap kelantan jumpa jdt final nanti kita tengok siapa lagi BINTANG
May 27, 2013 - 11:29 am
kepada JFA jangan letak angota JMF sebelah penyokong kelantan untuk buat provokasi gentelman lah sikit TELUR MANO
May 27, 2013 - 5:18 pm
Kah kah kah lauk lagi la tim budu ni kalu jumpa jdt kat final kah kah kah
May 27, 2013 - 6:47 pm
pesal la lu nih..lom lwn lg ckp mcm lu je yg main..buat malu johor je lu ni..fikir logik ler beb, drg kalah sbb xturun 3 player btul drg dulu..sape biasa main bola mesti leh nmpk clear..lu ler jenis yg akan buat gaduh kalo kat final nti..kalo g final nti kalo lu leh gebang meh dtg bukit jalil..kalo berperang ke ape lu jgn lari balik uma plk bole..lu tu bombang sana sini lu main smpai peringkat ape gua tnya sket?
May 29, 2013 - 10:40 pm
Lauk bukan sebarang lauk….menang ari tu saja bagi pasal belum apa2 dah tunjuk sial kat laman sendiri…..hang mungkin kecik lagi masa 1987… Merintih johor….hehe
May 30, 2013 - 9:26 am
perangai macam ni lah yang buat orang menyampah fan JDT belum lawan dah bongkak
May 27, 2013 - 10:44 pm
Pada pendapat teman, Kelate vs Jdt di final.Nak tau sape menang? Tanya bookie, kah3