Ahmad Said beri amaran tiada bajet tambahan untuk PBSNT

Datuk Seri Ahmad Said Menteri Besar Terengganu

MENTERI Besar Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran tidak akan menambah dana peruntukan pasukan bola sepak Terengganu sekiranya skuad kendalian Peter James Butler masih tidak menunjukkan prestasi yang konsisten.

Beliau yang hadir melihat perlawanan malam tadi berang dengan aksi longlai dipamerkan skuad Penyu ketika menentang Kuala Lumpur sebelum berjaya mengutip tiga mata berharga pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Pasukan Terengganu saya sudah beri kata dua semalam. Saya amat kecewa dengan corak permainan mereka dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu buat sesuatu.

“Saya tidak akan tambah peruntukan pasukan bola sepak ini kerana mereka masih tidak tunjuk prestasi terbaik,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Terengganu terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk gol kemenangan 2-1 setelah terikat 1-1 dengan jaguh ibu kota menerusi jaringan penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe yang juga menjaringkan gol awal pada minit ke-13.

- Bernama

Related Posts

12 Responses to Ahmad Said beri amaran tiada bajet tambahan untuk PBSNT

  1. yes,org yg mcm ni lah yg kita mau dlm bolasepak,tegas dan berwibawa tiada kompromi…

  2. Said2..
    tak nampak lagi ke masalah sebenar katne..
    jangan asyik kejar prestasi je kalau masalah pentadbiran Che Mat Jusoh pun tak setel..
    Walaupun Mat Zan takleh nak perform awal2 musim mungkin hasil akan nampak dalam musim seterusnya macam kelantan jugak..
    Kelantan tak perform dalam sekelip mata,ambil masa 2-3 season gak..
    Elok2 dah ada Irfan Bakti dulu naikkan Terengganu Che Mat Jusoh buat hal pulak..

  3. sorang lg x lama lg nak kena gantung dgn FAM.blh jadi

  4. abisla set2 player ganu

  5. Tak faham kanapa ambil butler? Kalu kelate buang dio dan dia buat perangai di indon masih nok dio. Dio buke baguh. Banyak nok try player. Sebab tu loni banyak ore baru dlm skuad buke semakin baguhhhhhh tapi teruk. Buangggggg butler tuuuuu. Hancur bola ganuuuuuuuu

  6. rilek bohh,
    bro Asam,ambe rase Butler masih nok kenal player lagi sebab ye baru lagi ngan sek2 Ganu..
    nok baiki lening dok dang doh jadi kite tunggu camne prestasi awok Ganu dalam piala M’sia kekgi..

    p/s: btw,season ni jadi jeng pong sebab ade key player injured cam Marzuki..dokleh nok saloh orang baru cam Butler,orang lame cam Che Mat Jusoh je dok reti base lagi..

  7. bodo la mat said nie…ksian la player tranu….patutnye mu sokong tranu, ni mu ugut pulok xnak bagi peruntukan…kalu gini la, tunggu la nanti rmai player tranu lari pegi join team negeri lain..baik mu sndri gi main la

  8. said oh said…kau pun sama je…wayang jepun gak

    • said bodo ker mung bodo….bodo2 dye pun jd MB..dah mung jadi natang per jadi MB(Manusia Bangang)..kikiki

      • Fanatik Ganu Nelang Jugok

        Woiii TRG kite mung ni criter politik ke boh? Ni forum bola pun mung criter politik, wat abende? Said jd MB ke PM ke bukang pesoalang sini, kabar getek! Hok pasti, cakap beragah. Tapi masaaloh dok selesai. Siang ke player. Siang ke peminat Ganu Nelang. Kalu Ganu kuat, Kelatang kuat - baru puok2 berok yang dok kontrol FAM dok berani tindah2 pasukang Pata Timor. Mung ni boh, jenih catuk tulang kering diri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>