Piala Malaysia 2010: Kumpulan A

September 14th 2010 | Posted by Liga Malaysia

SELEPAS berehat panjang, saingan bola sepak tempatan kembali hangat apabila tirai kejohanan Piala Malaysia bermula malam ini.

Menariknya, dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir musim lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan akan membuat perhitungan sesama sendiri lebih apabila kedua-duanya diundi dalam kumpulan A.

KELANTAN

Tiada alasan lagi buat B Sathianathan untuk menangguh misi membawa Piala Malaysia pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Setelah setahun mengendalikan Kelantan, bekas pengendali kebangsaan itu seharusnya sudah dapat membentuk skuad mantap memandangkan Kelantan sudah berbelanja besar musim ini.

Selain pemain handalan musim lalu seperti Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad, antara pemain-pemain yang berkaliber yang dibawa masuk musim 2010 ini termasuklah Hairuddin Omar, Norshahrul Idlan Taha, Azizi Mat Rose, Akmal Rizal dan Shakir Shaari.

Dari segi permainan, corak Kelantan kini jauh berubah dan semakin serasi dengan ramuan yang diterapkan B Sathianathan. Peminat juga kini dapat menerima gaya permainan hantaran pendek, kemas dan agak berhati-hati sambil mengintai peluang untuk melancarkan serangan.

Walaupun Indra Putra dianggap sebagai pemain penting, Norshahrul juga dilihat banyak membantu dari segi menggerakkan serangan dengan lebih kreatif.

Pemain tumpuan: Indra Putra Mahahyuddin

NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan berdepan tugas sukar untuk mempertahankan kejuaraa mereka ekoran menghadapi musim tidak menentu. Namun dalam terbukti dalam kejohanan berprestij seperti ini, Skuad Hobin Jang Hobin mampu menyerlah tepat pada masanya. Itulah istimewanya Piala Malaysia, mana-mana pasukan mampu mempamerkan peningkatan mendadak.

Wan Jamak Wan Hassan memiliki adunan pemain berpengalaman serta bakat-bakat muda.

Namun persoalannya, adakah pemain veteran yang sama seperti Shukor Adan, Idris Karim dan Rezal Zambery Yahaya masih mampu mengekalkan keupayaan mereka seperti sebelum ini.

Apatah lagi, Negeri Sembilan menerima tamparan awal apabila ayam tambatan mereka, Zaquan Adha Abdul Razak belum pasti cukup cergas untuk mengharungi kempen kali ini.

Penyerang itu menghadapi masalah kecederaan lutut yang dihadapinya semasa menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Seandai dapat turun beraksi, Zaquan dilihat lebih selesa jika berpasangan dengan pemain berpengalaman.

Pemain tumpuan: Zaquan Adha Abdul Razak

KL PLUS

Pengurusan Plus FC dilaporkan dahagakan kejayaan lebih besar selepas melabur terhadap skuad itu. Antara langkah drastik yang dilakukan ialah dengan menggantikan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris.

Janos Krescska yang hadir ke dalam skuad itu selaku pembantu jurulatih pada mulanya dilihat perlu segera mengenal pasti kelemahan yang ada. Beliau semenangnya tidak asing lagi dalam kancah Liga Malaysia kerana pernah beraksi untuk Perak satu ketika dahulu. Malah kelibatnya sering berlegar di stadium tempatan sejak beberapa tahun ini.

Masalah utama ialah di bahagian serangan yang banyak bergantung kepada Fadzli Saari musim ini. Bekas pemenang kasut emas Liga Super, kelibat Nizaruddin Yusof musim ini begitu meresahkan selepas kerap ditimpa kecederaan.

Jadi khidmat Fadzli tampak akan lebih banyak berlegar di kawasan atas sekalipun berkebolehan bermain sebagai perancang.

Justeru pemain tengah, Mohd Luth dan Azi Shahril juga perlu mempertajamkan penyudahnya agar gerakan Plus FC tidak mudah dipatahkan.

Dalam tempoh yang singkat, para pemain perlu segera memahami kehendak permainan yang dikehendaki Janos Krecska.

Pemain tumpuan: Fadzli Saari

PKNS FC

Selepas kehilangan tempat dalam Liga Super untuk musim depan, anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim pastinya ingin melakukan yang terbaik bagi menebus kehampaan mereka.

Namun berdasarkan prestasi semasa, tidak banyak yang boleh diharapkan PKNS sambil cuba bersikap realistik berbanding lawan mereka yang terdiri daripada pasukan Liga Super.

Kelibat pemenang Kasut Emas Liga Perdana musim ini, Zamri Hassan dengan 20 gol pasti akan dinanti-nantikan sama ada dia dapat mengulangi pencapaiannya.

Pemain tumpuan: Zamri Hassan

Related Posts

Keputusan Piala Malaysia 20 September 2010

Keputusan Penuh Kumpulan A Kelantan 3-3 KL Plus PKNS FC 1-2 N.Sembilan Kumpulan B Sabah 2-0 Pahang Terengganu 0-1 Kuala Lumpur Kumpulan C Johor FC 2-0 Perak ATM 1-1 Kedah Kumpulan D Selangor 4-0 Perlis Felda United 1-2 T-Team VIDEO: Kelantan 3-3 KL Plus VIDEO: PKNS 1-2 [...]

Terengganu terus gagal di tempat sendiri

KUALA Lumpur mencipta kejutan apabila berjaya menumpaskan Terengganu 1-0 dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Terengganu yang turut tewas di gelanggang sendiri pada perlawanan pertama kepada Pahang, terpaksa menelan kepahitan apabila Azidan Sarudin berjaya menjaring gol kemenangan pasukan pelawat pada [...]

Negeri Sembilan ungguli Kumpulan A

NEGERI Sembilan terus unggul di tangga teratas Kumpulan A selepas berjaya mengutip tiga mata penuh hasil kejayaan menewaskan Selangor PKNS 2-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Negeri Sembilan bermula garang sebaik wisel perlawanan dimulakan namun PKNS yang terlebih dahulu memecah kebuntuan seawal minit ketiga. Satu serangan balas hasil [...]

KL Plus hampakan Kelantan

KELANTAN melepaskan peluang terbaik mengutip mata penuh apabila membenarkan dua jaringan di minit-minit akhir perlawanan membolehkan KL Plus mengikat tuan rumah itu 3-3 dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, sebentar tadi. Kelantan dilihat mampu memungut tiga mata penuh apabila mendahului 3-1 ketika perlawanan hampir tamat, [...]

Selangor hampiri suku akhir

SELANGOR menghampiri slot ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2010 selepas mengatasi Perlis 1-0 di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat Juara Liga Super itu bagi saingan musim ini dan mengungguli Kumpulan D dengan sembilan mata maksimum. Gol tunggal Selangor dijaringkan oleh Mohd Nasriq Baharom [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.