Wednesday, 16/07/2014


Selangor hampiri suku akhir

Published on September 20, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR menghampiri slot ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2010 selepas mengatasi Perlis 1-0 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat Juara Liga Super itu bagi saingan musim ini dan mengungguli Kumpulan D dengan sembilan mata maksimum.

Gol tunggal Selangor dijaringkan oleh Mohd Nasriq Baharom pada minit ke-74.

Selangor yang masih berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, kini bakal muncul pasukan pertama ke suku akhir jika mencatat satu lagi kemenangan.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan D, T-Team menumpaskan Felda United 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Sementara itu, pada perlawanan kumpulan B, Sabah menewaskan Pahang 2-0 di Stadium Likas, Sabah.

Dua gol Sabah dijaringkan oleh Leopold Alfonso Otong (minit ke-72) dan Alto Linus (minit ke-80).




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News