Tuesday, 22/07/2014


Dua gol Baddrol julang Kedah

Published on September 18, 2010 by   ·   No Comments

KEDAH mencatat kemenangan sulung selepas menundukkan pasukan jiran, Perak 2-0 dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Corak permainan teratur dan hantaran kemas menjadi kunci utama kepada kemenangan anak buah Haji Ahmad Yusoff.

Penyerang berbisa Baddrol Bakhtiar menjadi wira apabila berjaya menyumbat dua gol menarik sekaligus merentap semangat pemain lawan.

Baddrol menjaringkan gol menerusi satu sepakan percuma yang menarik seawal minit kedua perlawanan dan menambah koleksi golnya pada minit ke-40 menerusi satu rembatan jauh dari luar kotak penalti.

“Saya bersyukur kerana dapat membantu Kedah menang dan diharap dengan kemenangan ini ia akan menjadi titik tolak kepada janji kami untuk membawa pulang Piala Malaysia kali ini,” kata Baddrol yang turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan menentang Perak.

Meskipun tewas, jurulatih Perak Raja Azlan Shah Raja So’ib enggan mengaku kalah dan mengganggap anak buahnya mampu bangkit pada perlawanan seterusnya.

“Kami kehilangan pemain utama Shahrizal Saad dan ia memberi kesan kepada barisan serangan kami. Kekalahan malam ini tidak akan melemahkan semangat kami sebaliknya ia akan jadi pengajaran berguna untuk memperbaiki mutu permainan,” kata Raja Azlan Shah.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News