Wednesday, 28/07/2021


Selangor ratah Felda United

Published on September 18, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR mempamer isyarat jelas untuk menjulang Piala Malaysia musim ini dengan mencatat kemenangan kedua berturut-turut dengan menjadikan FELDA United sebagai mangsa menerusi kemenangan besar 4-1 di Stadium KLFA di Cheras, malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Pertembungan Kumpulan D yang membabitkan dua juara liga domestik - Liga Super dan Perdana itu - nyata menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan yang menyaksikan tiga gol terhasil dalam separuh masa pertama perlawanan.

Gergasi Merah yang memiliki rekod terbanyak kejuaraan Piala Malaysia dengan 32 gelaran berada di depan seawal minit pertama perlawanan hasil jaringan D Surendran menerusi sepakan percuma yang melepasi jangkauan penjaga gol FELDA, Zainal Rabin.

Pasukan bimbingan K Devan itu menambah gol kedua pada minit ke-30 hasil jaringan Safiq Rahim menerusi sepakan leret padu selepas hantaran cantik Amirulhadi Zainal.

Ketinggalan dua gol menyaksikan anak buah E Ealavarasan menguatkan jentera serangan dan berjaya merapatkan jurang menerusi Nizam Abu Bakar yang tidak melepaskan peluang keadaan kucar kacir di pintu gawang Selangor pada minit ke-40.

Memasuki babak masa kedua, tuan rumah yang ketinggalan berusaha keras melancarkan asakan namun gagal, sebaliknya Selangor menambah jaringan menerusi Safee Sali (m-58) sebelum Amirulhadi mencetak nama dalam senarai penjaring pada minit ke-72.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News