SELEPAS bermula garang dengan menumpaskan naib juara Liga Super, Kelantan di gelanggang lawan Selasa lalu, Negeri Sembilan nyaris menerima aib di laman sendiri apabila diikat KL Plus dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia malam tadi.
Pasukan tuan rumah mampu menarik nafas lega apabila jaringan penyamaan ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya menyelamatkan juara bertahan, Negeri Sembilan daripada tersungkur di laman sendiri selepas KL Plus mendahului 1-0 pada babak pertama.
Bekas pemain negara itu menyamakan jaringan Irwan Fadly Idrus sekali gus mengikat keputusan 1-1 dan mengecewakan KL PLUS yang mendahului pada minit ke-36 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Keputusan seri itu membolehkan Negeri Sembilan kekal mendahului Kumpulan A dengan empat mata daripada dua perlawanan.
Satu lagi perlawanan menyaksikan Kelantan bangkit daripada kekalahan pada perlawanan pertama dengan menewaskan PKNS FC 1-0 di ibu kota.
Pasukan The Red Warriors memperoleh gol tunggal menerusi jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-74
Tags: KL Plus, Negeri Sembilan, Negeri Sembilan vs KL Plus, Piala Malaysia 2010