PAHANG gagal mengambil kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila dibelasah 0-5 oleh pasukan jiran Pantai Timur, Terengganu di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.
Pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi rembatan Abdul Manaf Mamat dari dalam kotak penalti sebelum K Rajan menambah dua lagi gol pada minit ke-42 dan 51.
Kelonggaran pertahanan tuan rumah kemudiannya terus dihukum dengan dua lagi jaringan tambahan pada minit ke-61 dan 90 menerusi ledakan Mohd Ashaari Shamsudin.
Kemenangan itu membolehkan Terengganu merapati pasukan tangga kedua, Kelantan yang sekadar seri 1-1 dengan Selangor dalam aksi di Stadium Shah Alam.
Terengganu memungut 44 mata manakala Kelantan 49 mata dengan saingan Liga Super berbaki empat perlawanan.
- Kuala Lumpur vs Kelantan (17 Julai)
- Kelantan vs KL Plus (28 Julai)
- Johor FC vs Kelantan (31 Julai)
- Kelantan vs T-Team (3 Ogos)
- Terengganu vs Johor (17 Julai)
- Perlis vs Terengganu (28 Julai)
- Selangor vs Terengganu (31 Julai)
- Terengganu vs KL Plus (3 Ogos)
Tags: Liga Super, Pahang, Terengganu
[...] - 1 2 - 1 1 - 1 4 - 0 0 - 5 1 - 1 5 - [...]