Thursday, 05/09/2013


Perlis hadapi Pahang tanpa Farizal

Published on July 17, 2010 by   ·   No Comments

KETUA jurulatih Perlis, Yunus Alif memberi amaran kepada anak buahnya agar tidak terlalu memikirkan kelebihan atau kelemahan lawan apabila turun menentang Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Katanya, apa yang lebih penting ialah fokus terhadap permainan dan berusaha memberi persembahan terbaik, bersemangat dan penuh kesungguhan bagi memastikan tidak kempunan untuk membawa pulang mata.

“Selain itu, tidak kurang pentingnya ialah usah fikirkan soal kekalahan besar skuad Tok Gajah itu (Pahang), 5-0 kepada Terengganu pada aksi Liga Super, Sabtu lalu.

“Sebaliknya, sebaik saja memasuki gelanggang, semua pemain yang disenaraikan bagi memikul cabaran pada pertemuan itu memiliki keazaman dan keyakinan untuk memastikan pasukan bukan saja beraksi cemerlang tetapi berjaya mengatasi lawan itu,” katanya.

Bekas anggota skuad Olimpik negara itu berkata perlawanan yang bakal dihadapi berbeza sama sekali dengan sebelumnya.

Sementara itu, beliau mengesahkan hampir semua pemain utama kecuali penjaga gawang, Mohd Farizal Marlias dan pemain tengah, Azmizi Azmi yang mungkin terpaksa di ketepikan berikutan masih dibelenggu kecederaan yang dialami ketika sesi latihan, baru-baru ini.

“Setakat ini, segalanya berjalan sebagaimana yang dirancang. Tidak ada masalah untuk menyenaraikan barisan terbaik biarpun terpaksa mengetepikan dua pemain, Mohd Farizal dan Azmizi yang tidak dapat beraksi.

“Kita yakin situasi itu tidak menjejaskan keupayaan pasukan kerana masih memiliki beberapa lagi pemain yang prestasi mereka juga hampir setanding dan mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News