Sunday, 14/04/2013


Selangor kukuhkan cengkaman

Published on May 25, 2010 by   ·   1 Comment

SELANGOR semakin gah di persada Liga Super selepas mengatasi Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur malam ini. (VIDEO 1 | VIDEO 2 | VIDEO 3 | VIDEO 4 | VIDEO 5 | VIDEO 6)

Pasukan tangga kedua, Kelantan semakin ketinggalan apabila terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah di Alor Setar, manakala Terengganu merapatkan kedudukan apabila berjaya menundukkan T-Team 1-0.

Selangor yang beraksi tanpa jurulatih K Devan mendahului Pahang pada minit ke-25 menerusi Mohd Amri Yahya yang menyumbangkan satu lagi gol pada minit ke-79. Gol kemenangan Selangor diperolehi hasil jaringan P Gunalan pada minit ke-81.

Dua gol bagi Pahang dihasilkan oleh Muhamad Fauzi Roslan pada minit ke-41 dan Famirul Asraf Syuti pada minit ke-90.

Tanpa kemenangan pasukan Kijang, Terengganu pula mengurangkan jurang kepada tiga mata di tangga ketiga setelah menewaskan T-Team 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hasil jaringan Joseph Kallang Tie, minit ke-89.

Manakala Faizal Hussin menyumbangkan gol tunggal dan tiga mata untuk Johor mencatat kemenangan keempat liga setelah menundukkan pasukan tercorot liga, Pulau Pinang 1-0 Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru.




Related posts

coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (1)




Latest News