PAHANG bangkit dari kekalahan di tangan Perak Jumaat lalu dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi. (LIHAT VIDEO)
Gol Pahang dijaringkan oleh Mohd Shahrizan Mohd Salleh pada minit ke-41 dan Muhamad Fauzi Roslan pada minit ke-65.
Ia adalah kemenangan keenam Pahang dalam saingan Liga Super musim ini, sekali gus memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga dengan memintas Kuala Lumpur yang tumpas di tangan Selangor 2-4.
Pahang mengutip mata ke-20 manakala Kuala Lumpur kekal dengan 19 mata untuk turun ke tangga ke-10.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pula, pasukan Terengganu berjaya menghuni semula tangga ketiga liga selepas menundukkan Perak 2-0.
Tags: Liga Super, Pahang, Pulau Pinang
[...] - 1 2 - 4 1 - 0 2 - 0 2 - 0 1 - [...]