PAHANG meneruskan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri apabila meraih kemenangan 2-1 ke atas juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.
Gol pertama Pahang dijaringkan oleh Abd Rahman Abdul Kadir pada minit ke-37 selepas menerima hantaran Mohd Saiful Nizam Miswan.
Selepas rehat pasukan pelawat menggandakan asakan dan akhirnya, K Thanaraj melakukan rembatan kencang pada minit ke-65 untuk menyamakan kedudukan.
Mohd Fazli Baharudin menghadiahkan gol kemenangan kepada skuad Tok Gajah pada minit ke-89 dengan rembatan cantiknya yang gagal dihalang penjaga gol Mohd Farizal Harun.
Pahang kini naik ke tangga kelima carta Liga Super, berkongsi 13 mata dengan Johor FC yang menewaskan KL Plus 1-0 di Pasir Gudang.
Sementara itu perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, pasukan tuan rumah, Johor tewas lagi dan kali ini kepada T-Team dengan keputusan 0-3.
Gol-gol pasukan pelawat itu dihasilkan melalui Mohd Haris Safuan (minit ke-29), Mohd Norhisham Hassan (minit ke-75) dan Abdul Hadi Yahya (minit ke-85).
Leave a Reply: