YUNUS Alif menjalankan tanggungjawab pertamanya selaku jurulatih Perlis dengan sempurna apabila skuad Singa Utara berjaya menewaskan tuan rumah, KL Plus 2-1 dalam aksi Liga Super, malam tadi.
Azrol Ahmad merembat kencang dari arah sebelah kanan yang menewaskan penjaga gol KL Plus, Razi Effandi Suhit untuk gol pertama Perlis pada minit ke-37.
Ahmad Aminuddin menambah derita tuan rumah dengan jaringan kedua Perlis pada minit ke-80.
Cuba bangkit menerusi jaringan hasil tendangan percuma Mohd Nazrin Nawi minit ke-85, namun segalanya sudah terlambat buat KL Plus apabila kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus memberikan kelegaan buat Yunus Alif yang mengambil alih tugas jurulatih skuad Singa Utara empat hari lalu.
Tags: KL Plus, Liga Super, Perlis, Yunus Alif