Sunday, 13/07/2014


PKNS kembali huni tangga kedua

Published on May 4, 2010 by   ·   No Comments

PKNS FC kembali merampas tempat kedua daripada Sabah selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas MP Muar dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya malam tadi.

Sabah yang diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan pendahulu liga, Felda United melepas peluang untuk kekal di tangga kedua apabila pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan.

Sebaliknya PKNS FC tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengutip tiga mata penuh.

Kedua-dua gol PKNS dijaringkan pada separuh masa kedua melalui Mohd Zamri Hassan pada minit ke-50 dan Fitri Omar pada minit ke-55.

PKNS menghuni tangga kedua dengan kelebihan hanya satu mata mengatasi Sabah yang mengutip 26 mata selepas tamat 13 perlawanan.

Felda United pula semakin selesa dengan 35 mata, namun beraksi lebih satu perlawanan berbanding dua pencabar terdekatnya.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News