FELDA United semakin menghampiri gelaran Liga Perdana 2010 selepas menewaskan pencabar terdekatnya, PKNS FC 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Munir Amran muncul wira Felda United apabila menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir perlawanan menerusi rembatan deras daripada sepakan percuma jarak jauh yang gagal diselamatkan penjaga gol PKNS FC.
Felda United bagaimanapun lebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan Mohd Alafi Mahmud pada minit ke-64.
Kedudukan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila Md Hasmarul Fadzir berjaya menyamakan buat Felda United enam minit kemudian sebelum jaringan Munir Amran pada minit pertama masa kecederaan mengesahkan kemenangan mutlak milik pasukan tuan rumah.
Felda United kini mengumpul 46 mata, empat mata mengatasi PKNS dan Sabah.
Dalam satu lagi aksi malam ini, Sabah berjaya memungut tiga mata penuh selepas menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Tags: Felda United, Liga Perdana, PKNS