PKNS mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas USM FC di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, namun tetap kempunan merampas kedudukan teratas Liga Perdana apabila pendahulu, Felda United turut berkenduri gol apabila membelasah Melaka 4-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.
Kedua-dua pasukan mengumpul 10 mata namun kelebihan jaringan menjadi perbezaan buat Felda untuk terus mengungguli takhta liga selepas mengharungi empat perlawanan.
Di Stadium Hang Tuah, Harimau Muda mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak namun sudah cukup untuk melonjak pasukan bawah 19 tahun kebangsaan itu ke tangga ketiga liga dengan lapan mata, dua mata ketinggalan kepada dua pasukan teratas.
Sarawak pula tergelincir ke kedudukan ke-11 selepas hanya mengumpul dua mata daripada empat perlawanan.
Tags: Felda United, Liga Malaysia, Liga Perdana, PKNS