Ferguson: Manchester City perlu tempoh 100 tahun pecah rekod United
WALAUPUN kelab Manchester City berjaya merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson mendakwa pasukan The Citizens tidak akan berjaya memadamkan rekod pasukannya.
Menurut Ferguson, City memerlukan lebih 100 tahun untuk mencatat sejarah mereka sekali gus menyekat kegemilangan MU dalam EPL.
“Bagi saya, kemenangan mereka tidak membuktikan City mampu mencatat sejarah seperti mana yang telah dilakukan oleh kelab MU.
“Memang kami gagal, tapi itu tidak bermakna kegemilangan MU akan berakhir. Malah bagi saya, tiada siapa mampu menandingi kami untuk mencipta rekod paling lama memegang mahkota Liga,” kata beliau dalam temu bual dengan media England selepas perlawanan semalam.
Pada perlawanan terakhir musim ini, MU terpaksa akur apabila gagal memperoleh gelaran juara EPL buat kali ke-20 walaupun mencatat kemenangan tipis ke atas Sunderland 1-0.
City pula mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Ranger (QPR) untuk melakarkan detik bersejarah menjulang juara buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1968.
Pada masa yang sama, walaupun mengakui kecewa dengan kegagalan ini, namun mereka tetap berpuas hati apabila mencatatkan kemenangan dalam perlawanan terakhir musim ini.
“Semua pemain bersedih dengan kegagalan ini, tapi kami telah melakukan yang terbaik hari ini (malam tadi).
“Apa-apa pun kami terpaksa akur dan teruskan berusaha dalam saingan musim depan,” tegas Ferguson yang memasang impian untuk membalas dendam kepada City,” kata beliau lagi.
Tambah Ferguson, beliau turut mengucapkan Mancini tahniah atas kejayaan kelab itu menjulang juara EPL musim ini.
“Tahniah diucapkan kepada City, ia bukan Liga yang mudah untuk dimenangi oleh sesiapa, namun City berjaya membuktikan yang kelab itu berjaya untuk pergi lebih jauh,” tambah beliau. — Sinar Harian
May 15, 2012 - 12:20 am
boooooooooooo……
May 15, 2012 - 4:39 am
besa la tu ayat org kalah..kikiki
May 15, 2012 - 8:29 am
Macam ayat geng2 Selangor yang tak dapat menerima hakikat mengenai perfomance Red Giant akhir-akhir ini jer…….
May 15, 2012 - 10:21 am
Betul2. sindrom selangor yg susah nk terimah hakikat. Yang lepas memang hebat. TP sekarang memeng hancoooooooooor.
May 15, 2012 - 11:05 am
Selangor dulu bnyk kelebihan. Bnyk wang. dptla beli dan gaji pemain-pemain yg top. Import pun yg mahal2. Kemudahan pun bnyk. Tp skrg, zaman tu dh berlalu. Kegemilangan Selangor mgkin hny tinggalan sejarah kalu prestasi mcm sekarang… Org pandang ke hdpn bukan pandang ke belakang..
May 20, 2012 - 2:24 am
Mu pakai nama saya lak.
May 15, 2012 - 10:32 am
yaa ayat yang paling tepat dengan belanja yang banyak jadi champion beza goal tu tak cukup bagus
May 15, 2012 - 11:01 am
Cakap dr orang yg takbur dan tak boleh terima hakikat… Sejarah boleh dibanggakan, tp kalau tak boleh diteruskan, ia hanyalah satu perkara yg MEMALUKAN…
May 15, 2012 - 3:03 pm
kat sini pun sama gak asik bangga piala AFC dan pingat emas sukan sea walau pun 20 tahun try baru dapat cakap SAF tu betul sebab dah dapat tengok team EPL skrg dah kuat balik
May 15, 2012 - 4:42 pm
macm slangor la MU ni , asyik bangga dgn sjarah….
May 15, 2012 - 5:00 pm
salah tu, slangor mcm liverpool fc… kenang zaman ian rush, EPL pon tak penah menang…
May 16, 2012 - 5:34 pm
fan slgor jawa bangsat…yg selalu baling air kencing kpd kami di stadium SSA…kami pernah pergi SSMIVKB, SSNSKT n SDAAS yg dianggap fan yg ganas…tapi kami aman dan selamat di ctu…
May 16, 2012 - 11:09 pm
ei… kejinya. dhla kencing dpn, kencing pula dlm plastik, pastu sanggup baling air kencing pula? ntah2 spesies yg baling air kencing ni pun sanggup minum air kencing sendiri sbb dahaga sgt. bila rasa panas pula, sanggup mandi dgn air kencing. lebih teruk dr org gila babun ni!
July 18, 2012 - 11:10 pm
Mungkin maksud Anda adalah: memang mantap golnya yang di .seperti gol di piala dunia keberapa gol gol yang di hasilkan sangatlah bagus dan menarik.golll…go…..
Ketikkan teks atau alamat situs web atau terjemahkan dokumen.
Batal
diterjemahkan oleh Google secara otomatis
Inggris
Bahasa Indonesia
Arab
Alpha
was steady in goal
. as a goal in world cup how many goals scored that produced very nice … go ….. and.golll