Liverpool enggan lepas Torres, Gerrard

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson menasihatkan mana-mana kelab yang berhajat mendapatkan khidmat dua ayam tambatannya, Steven Gerrard dan Fernando Torres agar tidak membuang masa dengan memujuk mereka.

Sejak mengambil alih jawatan pengurus dari Rafael Benitez bulan lepas, pengurus berusia 62 tahun itu terpaksa berdepan khabar angin tidak menggembirakan, yang mengaitkan Torres ke Chelsea, sementara Gerrard dikatakan bakal berpindah ke Real Madrid .

Kegagalan Liverpool layak ke saingan Liga Juara-Juara, selain masalah hutang kelab, mencetuskan khabar angin tersebut.

Bercakap kepada media ketika jelajah pra-musim Reds di Bad Ragaz, Switzerland, Hodgson nyata tidak mahu kehilangan dua bintang itu, walau dalam apa jua keadaan.

“Saya telah bertemu Fernando. Saya dapati beliau seorang yang sangat baik dan kami berbincang dalam suasana yang cukup baik.

“Setakat ini apa yang kami tahu, Torres adalah milik Liverpool dan kami mahu dia kekal di Liverpool. Beliau bukan untuk dijual dan kami juga tidak mengharapkan sebarang tawaran untuknya.

“Kami mahu terus memilikinya. Pertemuan saya dengannya cukup singkat kerana saya perlu berada di sini.

“Kami bercakap tentang bola sepak, Piala Dunia, kecederaannya dan saya beritahunya betapa saya amat tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” katanya.

Dalam pada itu, Hodgson turut memberitahu bahawa beliau telah bercakap dengan Gerrard secara peribadi.

“Saya bertemu Gerrard dan bercakap dengannya. Apa yang boleh saya katakan, pertemuan itu menunjukkan sesuatu positif.

“Saya memberitahunya bahawa dirinya bukan untuk dijual. Saya pastikan beliau memahami perkara itu sepenuhnya,” ujarnya.

-Utusan Malaysia

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>