QPR pecat Mark Hughes

QPR pecat Mark Hughes

MARK Hughes telah dipecat oleh QPR akibat gagal mendapatkan sebarang kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Mark Hughes menjadi pengurus kedua yang dipecat di Liga EPL minggu ini selepas pemecatan pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo.

Selepas Roberto Di Matteo dipecat sebagai pengurus Chelsea, kini giliran Mark Hughes yang mendapat surat pemecatan dari QPR.

Dilaporkan pengurusan kelab QPR memilih Harry Redknapp untuk mengendalikan pasukan itu selepas berakhirnya era Hughes.

Hughes telah menerima kritikan setelah kekalahan 3-1 kepada Southampton dan ia merupakan perlawanan EPL ke-12 yang mereka gagal menang.

Pengurus Wales itu dijangka akan terus mengurus pasukan setelah bertemu pengerusi Philip Beard awal minggu ini tetapi akhirnya dipecat juga selepas satu setengah tahun mengendalikan pasukan.

“Queens Park Rangers telah menamatkan kontrak pengurus Mark Hughes hari ini.” kata kelab itu di laman rasmi Twitter mereka.

“Mark Bowen dan Eddir Niedzwieki akan mengambil alih pasukan dalam perlawanan dengan Manchester United pada hari Sabtu.

Related Posts

2 Responses to QPR pecat Mark Hughes

  1. sudah mjadi lumrah dlm dunia bolasepak…bila terang ramailah yg dtg….bila gelap hilanglah segala..

  2. bila pula rajagopal nak kena pecat…bukannya DAH LE BYK KALAH TERLALU LAMA PULA DOH.. QPR MAIN TANPA JURULATIH… BILAPULA MALAYSIA…. CEPAT NAK SEPAK MULA DOH….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>