Frank Lampard sertai kelab Liga Super?
BINTANG Chelsea, Frank Lampard besar kemungkinan mengikut jejak bekas rakan sepasukan Didier Drogba dan Nicolas Anelka berpindah ke Liga Super China apabila Guizhou Renhe hari ini mengesahkan telah berbincang dengan pemain itu.
Pemain tengah antarabangsa England itu mula dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China sejak Mac lalu.
Bagaimanapun spekulasi mengenainya kembali hangat apabila Pengerusi Renhe, Dai Yongge seperti dilaporkan media tempatan Sabtu lalu bahawa Lampard sudah bersetuju.
Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo selepas pasukannya seri 1-1 ketika menentang Liverpool semalam menafikan laporan tersebut.
Tetapi Renhe dalam satu kenyataan kepada AFP mengesahkan bahawa perbincangan dengan Lampard masing berlangsung.
“Ya, kami masih menghubungi Lampard tetapi sehingga kini masih belum mendapat kata putus,” kata timbalan pengerusi lembaga, Yang Xiaoyu.
Akhbar China Daily memetik kenyataan Dai bahawa Lampard akan menyertai Renhe sebagai ketua pasukan pada Januari.
Musim sejuk yang tiba pada masa ini memberi peluang pemain berusia 34 tahun itu menyelesaikan perkara itu sebelum Liga Super China musim 2013-2014 bermula Mac ini. — Utusan
November 13, 2012 - 7:31 am
Cheh! Tajuk tu buat surprise je. Ingatkan liga super malaysia. Rupanya liga super china. Admin dah mula guna taktik suratkhabar yg nk melariskan papernya, hehehe, bijak bijak.
November 13, 2012 - 9:51 am
Btul tu…
November 13, 2012 - 3:01 pm
tajuk tu membuatkan aku terus terbayang johor..kah3..tertipu aku, nmpk sgt aku anti kt johor..haha