Manchester City tersingkir, Arsenal mara
JUARA EPL, Manchester City tersingkir di peringkat kumpulan sekaligus gagal ke pusingan kalah mati selepas sekadar seri 1-1 dengan Real Madrid dalam aksi di Stadium Etihad awal pagi tadi.
City yang memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang ke pusingan 16 pasukan terakhir dikejutkan gol awal jaringan Karim Benzema pada minit ke-10.
Namun City bangkit dan menyamakan kedudukan menerusi jaringan penalti Sergio Aguero pada minit ke-73.
Penalti diperoleh City selepas Alvaro Arbeloa dibuang padang, namun City tidak dapat menggunakan kesempatan untuk mendapat mata kemenangan meskipun Real bermain 10 pemain.
Ia adalah penyingkiran dua musim berturut-turut City pada saingan peringkat kumpulan.
Dengan kekalahan itu, City menduduki tangga tercorot kumpulan dengan hanya mengutip tiga mata selepas liga perlawanan.
Sementara itu Arsenal mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara buat kali ke-13 berturut-turut setelah menumpaskan Montpellier 2-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Kemenangan itu meletakkan Arsenal di tangga kedua dalam Kumpulan B, satu mata di belakang Schalke 04 yang meraih 11 mata dalam lima perlawanan.
Pingback: » Real Madrid tunjuk jalan keluar buat Manchester City | Sokernet