El Clasico: Messi 2, Ronaldo 2

El Clasico: Barcelona 2-2 Real Madrid

Barcelona 2-2 Real Madrid

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo menyamai antara satu sama lain di Nou Camp, masing-masing menjaringkan dua gol dan Barcelona seri 2-2 dengan Real Madrid.

Pasukan Tito Vilanova mara lapan mata di puncak liga dan kekalkan rekod 100 peratus dari enam perlawanan pertama, tetapi ketinggalan pada pertengahan perlawanan apabila Ronaldo menjaringkan gol keenam El Clasico miliknya.

Messi kemudian menyamakan kedudukan dan kemudian meletakkan pasukannya 2-1 di hadapan dengan jaringan sepakan percuma yang hebat.

Ronaldo membalas semula dengan jaringan gol penyamaan sejurus selepas itu.

Andres Iniesta telah diturunkan buat pertama kalinya sejak perlawanan Supercopa Ogos lepas sementara Adriano digandingkan dengan Javier Mascherano di pertahanan menggantikan Pique dan Carles Puyol yang cedera.

Jose Mourinho melakukan tiga peribahan dari pasukan yang menang 4-1 ke atas Ajax dalam Liga Juara Juara minggu ini, dengan Sami Khedira, Mesut Ozil dan Angel Di Maria menggantikan Michael Essien, Kaka dan Jose Callejon.

Pasukan pelawat memulakan perlawanan dengan baik dengan asakan bertubi-tubi ke arah pertahanan Barcelona yang goyah dan seterusnya membuahkan hasil apabila Ronaldo menjaringkan gol pertama perlawanan.

Barcelona yang telah sedia maklum kehebatan mereka tidak putus asa mencari gol penyamaan dan Messi gagal dikawal pertahanan Real Madrid membenarkannya berjaya menyumbat gol penyamaan.

Jelasnya perlawanan ini adalah seperti saingan hebat antara dua pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang menjaringkan dua gol untuk pasukan masing-masing.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to El Clasico: Messi 2, Ronaldo 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>