Hadi Yahya mahu tebus kekecewaan
PENYERANG berbisa Terengganu, Abdul Hadi Yahya tekad menebus kekecewaan menjelang aksi pembukaan Piala Malaysia awal bulan depan selepas beraksi hambar ketika bersama pasukan kebangsaan.
Katanya semua pasukan layak bersaing pada saingan Liga Malaysia adalah terbaik dan kebanyakannya pernah menjuarai Piala Malaysia.
“Semua pasukan bertanding masing-masing punya kelebihan tersendiri dan jangan ambil mudah dengan setiap lawan yang akan ditentang,” katanya.
Menurut anak kelahiran Klang, Selangor ini, Terengganu mempunyai kelebihan dengan tujuh pemain Terengganu beraksi bersama skuad kebangsaan.
“Ramai pemain Terengganu mempunyai pengalaman setelah beraksi bersama pasukan negara dan diharap pengalaman itu dapat digunakan sepenuhnya bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang berlansung pada bulan September ini,” katanya.
Abdul Hadi yang juga merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super musim lepas berharap dapat mengulangi lagi kejayaan manis itu.
Luahan Perasaan