Wolves lebur rekod tanpa kalah Man U

WOLVERHAMPTON Wanderers mencipta kejutan apabila menewaskan pendahulu liga, Manchester United 2-1, saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah United musim ini.

Manchester United yang bertandang ke Wolves berada di landasan baik untuk mengekalkan rekod bersih mereka apabila memperoleh gol awal menerusi Nani pada minit ketiga tetapi George Elokobi pantas menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

Wolves memperoleh gol kemenangan menerusi Kevin Dolye pada minit ke-40. Kedudukan 2-1 kekal sehingga perlawanan berakhir.

Perlawanan lain menyaksikan Arsenal mencatat keputusan seri 4-4 dengan Newcastle selepas selesa mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.

Kekalahan Manchester United membolehkan Arsenal merapatkan jurang tiga mata dengan United yang masih di tangga teratas liga.

Manchester City pula menang 3-0 ke atas West Bromwich di gelanggang sendiri manakala Tottenham menewaskan Bolton 2-1.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>