WEST Bromwich bangkit dari kekalahan memalukan di tangan Chelsea minggu lalu dengan mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Penyerang Nigeria, Peter Odemwingie menjaringkan gol kemenangan West Brom ke atas Sunderland dalam penampilan sulung beliau buat kelab baru tersebut.

Odemwingie baru sahaja berhijrah ke West Brom Jumaat lalu namun segera diturunkan oleh pengurus, Roberto Di Matteo dan beliau tidak mengambil masa lama membalas kepercayaan Di Matteo dengan jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-81.

West Brom menguasai permainan pada awal babak pertama dengan James Morrison dan Chris Brunt cuba menguji penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet manakala Sunderland pula hanya mampu melakukan percubaan pertama mereka tiga minit selepas babak kedua bermula melalui tandukan Darren Bent yang jauh tersasar.

Pengurus Sunderland, Steve Bruce cuba mengubah corak perlawanan dengan membawa masuk Boudewijn Zenden dan Danny Welbeck pada minit ke-66 dan hantaran silang Zenden hampir-hampir disempurnakan oleh Nedum Onuoha namun ditangkap kemas oleh Scott Carson.

Tuan rumah akhirnya berjaya mencipta gol selepas hantaran Morrison berjaya disudahkan oleh Odemwingie melepasi Mignolet dan membuktikan kepercayaan yang diberikan oleh Di Matteo.

Kemenangan itu mengubat kekecewaan West Brom selepas dibelasah Chelsea 6-0 dalam perlawanan pembukaan Sabtu lepas.




coded by nessus

Main topics: Liga Perdana Inggeris

Sub topics: , , , , , ,


Readers Comments (0)